Assalamuailaikum
Untuk program hari kedua, kami di bawa melawat ke KUNDASANG , SABAH. memang tak sabar rasanya sebab ada yang kata tempat ni memang cantik. Tapi macam yang aku ceritakan pada awal2 entry (percutian sabah : part 1) percutian kami ni dah berlalu hampir 6 tahun..kundasang masih lagi di berwajah lama..ha ha..so jangan di tanya kenapa tiada latar belakang gunung macam new zealend dan sebagainya ha ha
Sebelum bertolak ke Kundasang, kmi bersarapan pagi dulu di hotel. Lebih kurang 9.30 pagi baru van tour kami bergerak. Pada yang belum tahu, waktu di sabah, awal lebih kurang 1 jam dengan semenanjung. so, selalu kita solat subuh jm 6.00 pagi di semenanjung, dekat sabah pukul 6 pagi tu matahari dah muncul di ufuk tau. ha ha
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang terletak sejauh 120km dan mengambil masa lebih kurang 2 atau 3 jam lebih..Bergantung kepada beberapa kerap korang nk buat pick-stop. Sebab..ikut jalan kampung, berbukit serta jalan yang berliku-liku. Tapi sumpahhh, pemandangan di sepanjang perjalanan itu memang ohsem sangat-sangat
Gambar-gambar di atas adalah moment-moment indah yang sempat kami capture di sepanjang perjalanan menuju kundasang. seriusly kami sekeluarga cukup terpaut dengan keindahan gunung-gunung hijau yang amat luas terbentang di depan mata sendiri..Paling bestnya, waktu ni baru lepas hujan, jadinya kabus terlihat cantik berarak yang kadang-kadang menutupi sebahagian gunung Kinabalu. SubhanaAllah..
Makan tengah hari di "The Cottage Hotel"
Kami di bawa ke sini untuk menikmati makanan tengah hari (lunch bahasa omputihnye..hehe). Hotel ini terletak berhampiran dengan Taman Negara Kinabalu. Dan ianya juga turut berlatar belakang kan Gunung Kinabalu.
Alhamdullilah, makan tengah hari yang di sajikan di sini amat sedap sekali. Pelbagai jenis menu yang berkonsepkan makanan orang kampung seperti sayur-sayuran campur, Gulai Kari Ikan, Ayam Madu dan paling menyambar tekak adalah sambal belacan. bayangkan korang makan di dalam keadaan sejuk..haha..bertambah-bertambah nasi korang..
Gerai Pekan Nabalu
Botanikal Garden
Botanikal Garden Mt Kinabalu terletak di lereng Gunung Kinabalu dan berdekatan juga dengan Taman Kinabalu. Asalnya kami nak di bawa untuk melawat kinabalu park, tapi memandangkan masa yang agak suntuk, kami sekeluarga request untuk masuk ke botanikal garden je. Taman ini di buka dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Tiket berharga RM 4.00 seorang (Dewasa) untuk Rakyat Malaysia.
Di sini banyak di pamirkan tumbuhan-tumbuhan asli yang kebanyakkannya di gunakan sebagai ubat tradisional oleh orang dusun asli. Menurut pemandu pelancong kami, kawasan botanikal garden ini berkeluasan seluas 5 ekar. dan agak mustahil untuk kami sekeluarga dapat meninjau keseluruhan kawasan ini dalam masa yang agak suntuk. huk huk....
Di sini banyak di pamirkan tumbuhan-tumbuhan asli yang kebanyakkannya di gunakan sebagai ubat tradisional oleh orang dusun asli. Menurut pemandu pelancong kami, kawasan botanikal garden ini berkeluasan seluas 5 ekar. dan agak mustahil untuk kami sekeluarga dapat meninjau keseluruhan kawasan ini dalam masa yang agak suntuk. huk huk....
Hanya 1 jam lebih sahaja yang dapat kami luangkan masa di sini. Keadaan yang baru lepas hujan membuatkan perjalanan kami terbatas sebab laluan yang agak licin. Apapun sempat kami mentalaah pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang hidup di kawasan ini. walaupun nama saintifiknya agak pelik tapi ia menyeronokkan kerana dapat belajar dan melihat benda-benda baru.
Poring Hotspring
Last destinasi kami, sebelum kami di bawa pulang semula ke Kota Kinabalu. Kawasan ini terletak lebih kurang 13 kilometers dari Ranau. Selain daripada tarikan Kolam Air Panas, di sini juga ada pelbagai tempat menarik untuk di kunjungi antaranya :-
* Kolam Air Panas
* Butterfly Farm
* Tropical Garden
* Poring Canopy Walk
* Porig Orchid Conservation Center
So...dalam banyak-banyak yang tersenarai di atas, hanya Poring Canopy Walk sahaja yang sempat kami cuba. Tapi nak kasi tau la jugak,,nak naik ke Canopy Walk perjalanan nya bagi aku agak sedikit sukar.. Mana kan tidak, kami kena mendaki sedikit ke atas bukit yang laluannya agak licin dan tinggi. he heeee...di sebabkan itu, ayah dan mak aku tak digalakkan naik di sebabkan faktor kesihatan dan juga usia. kesian diorang, tapi mujur lah pemandu pelancong kami sudi teman kan diorang dan bawa mereka berdua pusing-pusing disekitar kawasan air panas.
Canopy Walk
Sebelum aktiviti dimulakan kami diberikan sedikit taklimat ringkas. Sepatutnya kasut yang sesuai untuk melakukan aktivti ini adalah kasut bersarung. Aku pakai kasut sarung juga, tapi ada bertumit sikit..ha haaa..mampuih akak dekkkk...sakit tumit den..kah kahhh...adik sepupu aku yang perempuan tu plak pakai kasut selipar...adehhhh...di sebabkan itulah perjalanan kami agak perlahan sebab terpaksa berhenti banyak tempat untuk merehatkan kaki yang lengguh.
ehhh...lupa nak beritahu, actually nak naik canopy walk ni kena bayar. Tapi seriusly ingat-ingat lupa. Rasanya RM 3.00 per/ person. nanti korang rajin-rajinlah google tau..okei berbalik pada cerita kami tadi..dah sampai kat atas, kami sekali lagi beratur tunggu turn naik jambatan gantung. Perasaan time tu, toksah cerita lah..berdebor-debor macam nak tunggu mak metua sarung cincin..kah kahhh..
Pe pun, Alhamdullilah setelah hampir satu jam masa berlalu, kami semua sampai juga ke checkpoint yang terakhir. Satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan. di fahamkan bahawa ketinggian jambatan ini ialah 41 meter di atas pokok dan di anggarkan sepanjang 157.8 meter, dimana ada beberapa stesyen yang boleh kita singgah untuk menikmati pemandangan sekitarnya..
Aku???kah kahhh... satu saat pon aku tak menyinggahh..tiba turn aku naik menonong je aku jalan..tengok bawah pon udah gayat ada hati nak menenung keindahan sekitar..mau pengsan aku kat situ..ha haaaa..memang dasar gayat..tapi gatal juga nak naik..hu huuuu..
Yang tengah menyengih kat gambar atas adalah bapa sedara aku..orang yang paling akhir sampai ke stesyen last. Tepuk tanggan atas keberanian itu..muahaaahaaa..
Seri Selera Kampung Air
motip air letak kulit oren tu..im not sureeeee..teheeeee..actually air basuh tangan tu tauuu..bukan untuk di minum.. |
pelbagai jenis untuk pilihan.. |
Hokei..iolsss stop sini dulu..esok harinya adalah hari terakhir kami di Sabah. In syaa Allah jika ada masa dan kelapangan aku akan share kan sedikit last journey kami..byeeee...
0 Comments
Catat Ulasan
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!