Part 1 : Temasik Hotel Melaka

Assalamuailaikum

Baru-baru ni aku dengan encik suami cuti-cuti malaysia ke Melaka. Pada awalnya rancangan asal nak ke Pulau Langkawi, Tapi memandangkan fenemona di malaysia sekarang tengah air pasang so terpaksa la kami batalkan hasrat tu.  InsyaAllah jika ada rezki lain kali kami akan kesana. Apapun biarla tunggu Ayesha dah membesar sedikit.
Actually tarikh kami ke melaka tu, tersama pulak dengan tarikh Cousin aku kawin. Diorang ni tinggal dekat seremban. Jadinya dah satu jalan je kan. Dah alang-alang tu singgah je la walaupun planing asalnya nak terus je..Lepas tu aku try juga guna "google maps" untuk search jalan ke tempat sepupu aku kawin tu..Tengok macam senang je, then dekat je dengan highway, so kami singgah la sekejap kan..Dapat jugak la merasa suasana kenduri kawain orang seremban..ha ha..


Ini saya dengan ayah..Comei tak saya pakai baju belang-belang rimau tu. hi hi
Kenduri ni diadakan bertempat di Sekolah Menengah Tungku Ampuan Durah Seremban..Ini kali pertama aku hadir ke Majlis kenduri kahwin yang dibuat di sekolah. Terasa macam nak kembali ke zaman alam persekolahan pulak. ha ha...


Tengoklah, saya pakai t-shirt dengan seluar jew..ini gara-gara planning lain jadinya lain. Namun, apa pun perancangan dari Allah tu yang terbaik. Datang sini siap dapat goodiest, pastu makan pon ada macam-macam jenis, konyang perut eden..Nak jalan ke melaka pon dah tak risau nak singgah memana cari kedai makan. hehe

Dari sini kami terus je bergerak ke Melaka.  Owhh..lupa pulak nak story yang mak dengan abah aku pon ada sekali time kenduri kawin ni. Diorang ikut maksu dengan paksu aku. ye la mana boleh diorang takde waktu kenduri ni., sebab yaang kawin ni cucu sedara ayah aku. he he..waktu kami begerak ke melaka, mak dengan ayah aku still setia lagi di sini.. Diorang balik hari, sebabnya anak maksu aku nak balik kelantan esok harinya.

Di melaka kami menginap di TEMASIK HOTEL, MELAKA. Percaya atau tidak kami booked hotel waktu di kenduri kawin sepupu aku di seremban.  ha ha. Apa kes booked last minute!!! part ni yang layak storynya adalah encik suami.  Agenda asal kami ke melaka lain sebenarnya, (memula encik suami kata ada family day Pejabat dia) tapi bila dah separuh jalan agenda tu dah terbalik jadi lain. Salah satu punca agenda tu bertukar sebabnya hari tu adalah hari annervesary kami yang ke 3 tahun So aku faham la kenapa encik suami ubah agenda..Mungkin nak more privacy untuk kami berdua jerk..(opsss..silap bertiga) he he..
Alright, turn back balik pada booked hotel tadi. Kalau ikutkan hati aku dah risau dah. Ada ke lagi bilik hotel yang kosong di Melaka tu. faham-faham ajelah walaupun bukan musim cuti sekolah, tapi zaman sekrang ni pantang ada waktu cuti je, walaupun sekadar cuti sabtu dan ahad, mana-mana tempat pelancongan mesti penuh dengan ribuan manusia. Tapi dalam diam-diam encik suami booked hotel mengunakan khidmat Booking. Com...ermmm udah pandai rupanya encik suami yer..kikiki...

Funtion Booking.com ni sama je macam kita booked guna Agoda.com ataupun Trivago .com..Tapi bagi aku, guna booking.com terasa lagi mudah berbanding yang lain..contoh waktu booked bilik hotel di Melaka tu, kami cuma booked untuk satu malam sahaja. tapi bila sampai je sana, encik suami bermurah hati pulak nak belanja satu maalm lagi. So, mengunakan khidmat Booking.com ni kami hanya perlu daftar atas nama yang sama, kemudian click pada tarikh keesokan harinya dan submit..Done!!!.lepastu just maklum pada reseption yang kami dah booked untuk sehari lagi. Still kami dapat harga yang sama dan juga bilik yang sama tanpa perlu pindah randah...mudah kan..but, Okeyla..maybe ada yang akan kata, agoda dan trivago pon still can do the same thing tapi bagi encik suami yang kurang cerdik soal IT ni(hehe..soryy) penggunaan booking .com ni agak mesra pengguna.
Fuhhh!!panjang lebar aku dok explaine pasal booking .com..

so, jumla continue balik pada cerita asal. ye..he he..Kami tiba di bandar hilir melaka waktu tu dah pukul 6.15 petang.  Actually kami bertolak awal jugak dari seremban, tapi sepanjang-panjang jalan highway nak ke melaka tu punyalah jem teruk..adesss..itu belum lagi berhenti buat susu ayesha..ha ha. Lepastu, dah le jem kat highway, dah sampai kat melaka pon still jem jugak..ermmm..memang mencabar kesabaran la jugak..lagi-lagi bila bawa anak kecil..diorang bukan boleh duduk lelama dalam kereta..mungkin lengguh agaknya dia rasa badan-badan dia..so ayesha asyik meragam je la..


Inilah dia temasek hotel..Hotel ni terletak di Jalan D'Albuquerque, Portuguese Settlement, 75050 Melaka, Jauh dari bunyi bising pekan melaka..Hotel ni berhadapan dengan kawasan perumahan. Dekat sangat dengan tempat makan ikan bakar yang popular tu, Muara Sungai Duyong..Dari sini hanya dalam 3.9 Km je. So hari kedua kami menjamu ikan bakar Muara Sungai Duyong la. ha ha..bab ni nanti aku story di next entry okey..

Untuk hari pertama kami di sini, kami hanya terperap dalam bilik je..yelah sampai sini pon dah agak lewat. mana lagi dengan nak mandikan ayesha nye yang dah mula meragam..maybe dia rasa badan tak selesa..penat kan travel jauh-jauh.  Cuma malam je kami keluar sekejap isi perut. makn dekat-dekat situ je..sempat lah jugak merasa makan asam pedas melaka..Nama restoran tu aku tak ingat dah. tapi asam pedas dia memang power..sodap hingga menjilat jari gitue..he he


Anda terliur tak. ha ha..Gambar ni sumber google jer..yang betulnye tak sempat nak snap sebab ayesha malam tu mood tak berapa nak baik.. so kitaorang terpaksa makan macam halilintar..mujur tak tercekik..hu hu..


Fine..bila atas katil je saya akan bergelak ketawa yer ibu ..hi hi..posing ayesha bila dah balik bilik hotel..ni gambar sebelum tido..selepas beberapa minit bergambar ayesha tido dengan nyenyaknye..he he..sian anak ibu..penat yer..


Gambar pertama keesokkan harinya, Time ni ayesha masih dalam mamai-mamai lagi. Asyik dok tido atas pangkuan ayah nye je..waktu ni kami baru nak breakfast..Sebut pasal sarapan pagi, makanan kat hotel ni pon boleh tahan jugak sedap nye..banyak juga menu dia..Makanan wajib nasi lemak..sambal nya perhh..boleh tahan jugak pedasnya..tapi sedap..selain itu, ada jugak mee rebus...telur dadar, telur setengah masak, telur hancur, mee goreng, roti bakar, salad pon ada jugak..berboloi la dengan harga yang kami bayar. ha ha..berapa harga kami bayar kan??? lupa la pulak nak kasi tahu..

hokeii, jum flashback balik pada harga bilik di temasik hotel ni..harga semasa kami booked di booking .com adalah RM 152.00 untuk satu malam..Kemudian kami di charge lagi rm2.00 untuk bandar warisan. so total rm 154.00 untuk satu malam termasuk sarapan pagi..Bilik ada dua katil single dan wifi percuma..Satu lagi tempat parking kereta dia sangat selamat sebab dia ada parking private..


Yesss..Inilah bilik kami..walaupun kecil tapi sangat selesa.  Pemandangan dari bilik kami ialah berhadapan dengan pintu bilik orang lain..ermm..macam mana nak explaine..jap..tempek satu gambar lagi kasi korang faham


nampak tak macam mana susunan bilik di hotel ni..so, bilik kami yang tengah-tengah dekat hujung sekali..jadinya bila tengok luar hanya nampak pintu orang lain je la kan..hi hi..


Ayesha dah tido..asyik tunggu ibu dengan ayah makan jer kan..ayesha tak boleh makan pon..so better i tido..ha ha..Ni cafe di Temasik hotel..sarapan pagi best..kalau kena bagi rate, aku akan bagi 5/5. =)


Nampak tak ada kolam renang di belakang tuh..aku dengan encik suami dah prepared dah kekonon nak pergi cari baju mandi. sekali bila pergi tgk dekat-dekat..laaaa..kolam untuk bebudak kecik je rupanya..punah harapan nak tunjuk skill berenang..ha ha..

Ibu dengan Ayesha. Nampak tak baju dah lain..hi hi Ini gambar hari kedua.  time ni waktu nak pergi sarapan pagi..lepas dah sarapan terus je mandikan ayesha..pastu check out..sempat lah jugak melawat saki baki bandar melaka sebelum balik ke ipoh..hu hu
Okeylah..sebenarnya tak banyak sangat tempat yang kami lawat semasa bercuti di melaka..Maklumlah bawa anak kecil tak sama macam kitaorang berdua dulu..Kalau nak pergi memana pon kena tengok tempat jugak..selesa ke tidak tempat tu dengan ayesha..Cuaca panas terik ke tak..so, banyak perkara akan jadi terbatas..Tapi apa pun aku dengan encik suami sengaja nak biasakan ayesha degan keadaan dunia luar.

Nanti di entry yang lain aku akan story tempat mana yang kitaorang bawa ayesha melawat. Walaupun dia tak faham lagi apa-apa tapi sekurang-kurangnya minda dia terbuka bila tengok sesuatu yang dia tak pernah lihat sebelum ni..InsyaAllah  semoga ayesha akan jadi anak yang pintar, baik hati, solehah dan suka berbakti pada ibu bapa dan orang lain..amin..
So tunggu ye sambungan cuti-cuti kami bersama dengan Ayesha ke Melaka part 2..he he
bubaiii..

Catat Ulasan

0 Comments

Borang Maklumat Hubungan