SENAH HELWAH UNTUK DIRI SENDIRI



Assalamuailaikum

Selamat Hari Lahir untuk diri sendiri. Ha ha. 5.10.1983, tarikh yang amat bermakna buat kedua ibu bapa aku.  lahirnya seorang puteri dari rahim seorang wanita yang kemudiannya di panggil IBU.
.
Kini, usia ku sudah menjengah 34 tahun. sepanjang tempoh itu, pelbagai dugaan serta rintangan yang telah aku lalui.  Pahit manis suka duka sudah menjadi asam garam kehidupan. 
.
Zainon binti Mohd Lazit, nama ibu yang mengendong diri ku selama 9 bulan dan bergadai nyawa melahirkan aku ke dunia. Ya Allah di hari lahir ku ini, aku berdoa memohon agar engkau panjangkan usianya di dalam keberkatan, dimurahkan rezki, dilimpahi rahmat dan engkau peliharalah ibukku sepertimana beliau memelihara aku di waktu kecil.
.
Baharum bin buyong, ayah yang senantiasa ada di sisi kami sekeluarga di waktu susah mahupun senang. Yang tidak pernah jemu mencari rezki buat kami, yang sentiasa menjadi imam kami, penasihat kami, pemerhati kami dan penjaga kami..terima kasih ayah..semoga kita sekeluarga di lindungi di bawah rahmatNya.


.
Mohd Hafiz bin Sabri, Imam yang juga suami ku.  semoga hubungan ini kekal hingga jannah.  Setiap cubaan dan dugaan yang kita hadapi jadikanlah ianya sebagai pedoman dan panduan untuk kita menjadi lebih baik.  teruskan berusaha untuk mencapai impian dan juga cita-cita kita. jadilah seorang ayah serta suami yang bertanggungjawap dan amanah.  Jika ada yang kekurangan sama2lah kita perbaiki dan perbetulkan.
.
 Nur Ayesha Batrisha binti Mohd Hafiz, permata hati pertama ibu dan juga ayah.  Kami sentiasa doakan agar ayesha menjadi anak yang solehah kelak, diluaskan rezki, dijauhi dari sebarang perkara-perkara yang memudharatkan, diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan aamiin..
.


dan, Doa aku untuk diri sendiri he he
.
Ya Allah panjangkanlah umurku di dalam keberkatan, dan kurniakan kepada ku waktu yang ada ini untuk aku membahagiakan mereka-mereka yang menyayangi diri ku.
.
Ya Allah di hari lahir ku ini, aku bermohon kelapangan atas rezki ku, permudahkan segala urusan serta niatku, kabulkan lah doa ku, sihatkanlah tubuh badanku, tetapkanlah iman ku, kurniakanlah sifat sabar, redho dan ikhlas dalam jiwa ku.
.
Ya Allah, aku bersyukur di atas usia yang Engkau berikan kepada ku.  Semoga hidup nya aku di bumi Mu ini akan aku menfaatkan untuk berbakti ke jalan-Mu, taat kepada suamiku kasih dan sayang kepada kedua ibu bapaku dan berjanji akan menjadi lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya.
.
Ya Allah, aku bukan lah seorang yang sempurna dan kerana itu ku mohon pelindungan Mu, ku mohon petunjuk Mu, dan ku mohon bantuan Mu, kerana sesungguhnya engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong..amiin..

SANAH HELWAH YA DIRI SENDIRI!!!!
SELAMAT HARI LAHIR !!!
SELAMAT HARI JADI !!!
SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN !!!

HE HE!!!!

Catat Ulasan

6 Comments

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Borang Maklumat Hubungan