Assalamuailaikum.
Biasanya kita ni,
bila nak memulakan sesuatu perniagaan atau apa-apa pun
pada permulaanya selalu kecundang..
betulkan??
tak semua lah..
ikut pada rezki..
kadang-kadang seseorang yang from zero tu
bila start je ber business..
sentuhannya ohsem..terus je manjadi
tapi ramai juga yang jatuh dahulu
bangkit semula..
DOA itu penting, selain dari USAHA dan TAWAKAL
so, alhamdullilah, ada sahabat baik saya yang share 10 kata-kata semangat
bagi sesiapa yang baru nak memula kan perniagaan
meh kita sharing bersama ye
/
/
/
/
/
* Buat sajalah dengan berani. Tidak ada teknik betul atau salah. Cumaada untung dan rugi. Buat dulu baru tahu.
* Kawal nafsu berguru. Belajar dan terus buat satu persatu. Bukan belajar dan terus belajar sampai nipis poket tu.
* Mulakan dengan langkah kanan. Mulakan dengan langkah berani. Kalau berani tak usahlah takut-takut lagi. Jika takut jangan berani-berani.
* Gagal adalah guru paling jujur dalam hidup kita. Lebih baik gagal berkali-kali berbanding terus termakan puji. Gagal itu bukan mati. Gagal itu penghidup berkali-kali
* Bila sudah mula business, usah toleh belakang lagi. Lihat apa yang ada di depan dengan pandangan yang luas. Lihat kebelakang hanya menyempitkan usaha dan menyakitkan hati.
* Mulut orang tak boleh tutup. Tak usah sakit otak fikir pasal apa orang cakap. Kita bukan berniaga untuk orang itu. Kita berniaga untuk semua orang yang menyokong kita.
* Menyimpan bila buat untung dan berjimat bila bisnes sedang berkembang. Ramai orang lingkup dalam masa tiga tahun kerana tidak ada tunai di tangan, bukan kerana tidap pandai berjualan
* Bina hubungan dengan semua orang. Usah jadi orang bisnes yang sukar didekati. Orang yang beraa 'senang' dengan kita akan senang berurusan dengan kita. Satu senyuman satu saham kita naik.
* Tak usah berlawan-lawan dengan sesiapa. Kita tidak ada pesaing pun. Itu semua persepsi kita sahaja. Orang itu pon tak kenal kita siapa. Lebih baik fokus sahaja pada usaha kita
* Mesti agresif setiap hari. Hasil kita bergantung kepada usaha kita. Rehat bila penat, bukan rehat bila berasa selesa. Biar demam, biar kurus cuping telinga. Momentum mesti selalu deras
Terimalah hakikat bahawa berniaga itu adalah pilihan yang datang bersama pakej penat dan lelah.. Tenung sahaja hadapi semuanya.
"Allah tidak berjanji sesiapa berniaga akan kaya raya. Tetapi Allah berkata, siapa yang bertawakkal kepadaNya pasti dicukupkan keperluannya."
SubhanaAllah..Keep goinggg..
1 Comments
InsyaAllah..
BalasPadamCatat Ulasan
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!