MANFAAT ZIKIR DALAM KEHIDUPAN HARIAN


Assalamuailaikum

InsyaAllah hari ini admin nak kogsi tentang kelebihan berzikir yang saya dapat daripada buku MMR

Berzikir adalah amalan yang sangat ringan, tapi sangat-sangat sikit orang yang beramal dengannya.
.
Zikir tak perlu keluarkan peluh
zikir tak perlu keluarkan belanja
malah zikir tak perlu keluarkan suara pon

sangat2 mudah dan sangat ringan

Antara kelebihan berzikir termasuklah : 

- Menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya
- Mendapat redha Allah
- Menjauh dukacita dan risau di hati
- Menguatkan hati dan badan
- Memberi cahaya pada hati dan badan
- Menarik rezki datang

Ganjaran pahala berzikir pula ialah 10 kali ganda.  Begitu sekali ganjaran dari Allah S.W.T untuk satu amalan yang sangat ringan dan mudah.

Kita mulakan dengan cara paling ringkas seperti yang dikongsi dalam MMR ini.

Selepas solat fardhu, baca lah:

SubhanaAllah 10 Kali
Alhamdullilah 10 Kali
Allahuakbar 10 Kali

30 kali zikir x 5 kali solat = 150 diganda 10 kali ganjaran, jadi sehari kita mendapat 1500 pahala jika dikira secara logik akal.

Namun keberkatan dan rezki lain yang Allah SWT sudah tentu lebih berganda-ganda lagi samada yang kita sedar atau tidak sedar.

Amalan zikir lain yang memberi rezeki termasuklah amalan membaca Asma'ul Husna setiap hari dan zikir Ya Wahab -  Allah Maha Pemberi, yang sentiasa memberi rezeki, tidak meminta balasan

Antara kelebihan zikir Ya Wahab ialah : 

- Menjadi kaya dan terkenal
- Permintaan dikabulkan
- Dikurniakan pekerjaan idaman
- Dapat melunaskan hutang piutang
- Dijauhi rasa lapar
- Dimakbulkan doa
- Dicukupkanwang pendahuluan

Mualakan zikir ini dimana-mana ada kesempatan sebanyak 100 kali sehari sebagai permulaan : 

Adab berzikir: 

- Mulakan dengan bismillah dan selawat
- Zikir Ya Wahab 100 kali
- Tutup dengan selawat
- Lakukan dengan suara rendah tidak didengar orang lain
- Fahami maksud zikir
- Khusuk dan bertafakur

Jom kita mulakan hari ini.  Start small supaya dapat dijadikan habit sampai bila-bila, InsyaAllah.

#copynpaste

Share kan tips ini jika anda semua rasa ianya memang BERMANFAAT!!!!!

Catat Ulasan

2 Comments

  1. Assalamualaikum Murni..
    LZ baru tahu cara mengira zikir begitu..
    Selalu kira ikut ruas jari..
    Perkongsian yang bermanfaat..

    Salam ukhuwah juga dihulurkan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Borang Maklumat Hubungan