Assalamuailaikum
Entry
kali ni adalah entry flashback..
Why kena flashback..sebabnya story percutian ni
dah berlalu hampir 7 tahun ke belakang..hu hu..Tapi baru sekarang teringin nak post..
percutian SABAH ni atas persetujuan kami dua keluarga
family aku dan maksu..Alhamdullilah..hasil menyimpan sikit2 tuh
dapat lah juga nerasa cuti-cuti naik kapal terobang..ha ha
Darul Mubarak Travel..
pilihan kitaorang sebagai travel agent
banyak tempat dah servey..tapi hat ni yang nampak berbaloi sedikit
asalnya nak pergi secara backpakers..tapi memandangkan kami ni 0 travelling..so betterlah mengunakan khidmat yang pakar
Pakej untuk sekepala time tu kalau x silap aku dalam RM 1350 ++.pakej termasuk penginapan selama 3 hari 2 malam (include breakfast)
makan 2 kali sehari (tengah hari dan malam) x 2 hari, pemandu pelancong dan tempat lawatan..opssss.. tiket penerbangan dua hala (include)..ohsemmmm kan..hi hii
Kami bertolak dari rumah pada malam jumaat.
kalau follow jadual asal..kami sepatutnya bertolak dari rumah dalam pukul 12.00 tengah malam..sebab flight kami pukul 7.00 pagi..tapi entah macam mana pemandu van pelancong tu call beritahu jadual terpaksa di pinda atas sebab-sebab tertentu. and mujurlah disebabkan kami excited sangat nak naik kapal terobang..awal-awal lagi kami dah siap..ha haaa..
soooo,,,
Pertama kali menaiki kapal terbang terasa teruja sangat2. Syukur Alhamdullilah atas rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kami sekeluarga. Akceli ini memang pengalaman pertama kami semua berada di atas awan melainkan maksu aku. he heee..Jabatan tempat dia bekerja memang selalu hantar dia outstation luar dari Malaysia. so tahap teruja tu berbeza la kan..
Kami diberitahu bahawa masa perjalanan ke Kota Kinabalu adalah dalam 2 jam lebih. so ada masa untuk kami merehat kan diri sebelum tiba di sana. Berpeluang juga kami menikmati makanan semasa flight. Tapi untuk penerbangan Air Asia, makan no include pakage..kami kena tanggung sendiri..and seinggat aku harga maggie cup yang ayah aku makan tu dalam RM8.00 ++ dan aku punya nasi tu dalam 14.00 ++ erppp..he heee
Kota Kinabalu SABAH
Alhamdullilah kami tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada jam 9.30 pagi.
Berfoto kenangan di Tugu Peringatan Double Six |
inilah dia bentuk tugunya.. |
tugu ni dibina bagi mengingati tragedi kemalangan pesawat yang meragut nyawa Ketua Menteri Pertama
saja je update menu ni..haha
|
Sempat lagi bergambo di loby hotel..ahah |
MENARA YAYASAN SABAH
Tempat pertama singahan kami |
Alamat :
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Likas Bay
P.O. Box 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA
Kalau uols nak tahu, yayasan sabah ni terletak di tepi laut.iols kan memang suka la suasana kerja berlatar belakang kan suasana laut..tapi kan itu hanya impian dan bukan kenyataan..maybe kut2 aku dapat tuko kerja sini plak nnti..opssss..ha ha
Jam 4.00 petang kami pon di bawa check in
Lupa pulak aku nak maklum kan nama hotel kami ni ye
Aktiviti malam hari.....
Kami akan di bawa makan malam..(woww best) di Kampung Nelayan Flooting Seafood
Excited kekonon makan di tepi laut..
tapi.........................
Di tengah-tengah lombong je..
haksss..hakssss...tipah tertipu..
pe pun t.kasih la pada k. wati bawa kami makan malam
walaupun menang dah include sekali dalam pakej kan..
Cumaaa.....
yang tak berapa nak bestnya..
makanan yang disajikan adalah secara Steamboat
Almaklumlah, kami ni orang kampung..biasa nya kalau makan malam
mestila nak makan nasi..tak kisahla nasi putih ke, nasi gorang ke...
asalkan nasi..hu hu
so nak tahu apa jadi.....................
Terpaksalah kami faraik kan sebahagian makanan tersebut pada jiran meja sebelah..hu hu
huntong ko jahhh..
nak buat macam mana..kalau tak, membazir..lagi dosa kan..
=)
sambil makan..sambil tengok persembahan kebudayaan..ohsemmmm |
time for interpremeee..ha ha |
0 Comments
Catat Ulasan
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!