Jalan-Jalan Shah Alam



Salam semua

Ini kisah cuti-cuti malaysia hujung tahun kami sekeluarga ke Shah Alam..hehe..tujuan asal kami ke sana sebenarnya nak menghadiri majlis kahwin ex- bos lama aku dulu.  Tapi entah mcm mna keluarga maksu aku pon dok merancang nak tidur semalam di Shah Alam.  Jadinya aku ni teringin lah jugak kan nak follow...then terus tanya suami..dia pon kata okei..so okeilah

gitulah kisahnye..ha ha..ha

So, pada pagi sabtu, bermula jurney Shah Alam kami. . Disebabkan rancang last minit, aku ambil keputusan untuk booking online, sebab takut dah penuh..itupon masa buat tempahan banyak kali cancel sebab kami pergi ramai dalam 10-13 orang mcm tu...so decide nak ambik bilik yang jenis studio suit ataupun appartment. tapi kebanyakkannya dah penuh..Namun alhamdullilah aku dapat juga tempat yang agak sesuai untuk kami sekeluarga..itu pon jenuh mak jah mengoogle tau..ha ha

Hasil carian imej untuk vista alam shah alam
(sumber google)

Alamat : s2-11-05 (STUDIO) VISTA ALAM, NO 3, PRESINT 4.5, JLN IKHTISAS 14/1, SEKSYEN 14, SHAH ALAM, 
SELANGOR, 40000 Shah Alam

soooo..

inilah rupanya tempat tidur, lepask-lepak kami.. Vista Alam Homestay.  Berdekatan je dengan Masjid Shah Alam. Boleh nampak jelas Masjid ni dari dalam bilik kami.  kami booked dua homestay..sebelah-sebelah.  Actually, waktu booked aritu owner ni dah tersalah bagi bilik..so atas kprihatinan owner, dia bagi dua bilik dengan harga yang lebih murah...Alhamdullilah rezeki Allah kasi..hehe

Hnaya ada satu ruang tamu, dan sbiji katil saiz Quean.  satu bilik ni muat dalam 4 orang kalau nak rasa selesa

Pemadangan dari atas ni memang cantik. lagi2 waktu malam..Boleh nampak kampus UITM juga dari sini

Takde dapur untuk masak, tapi setakat panas kan maggie pe de hal..hak hak

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Hari pertama kami di sini ialah melawat Masjid Shah Alam.  coz dekat je kan.  lagipun time kami datang ni hari nak menjengah Maghrib..Alhamdullilah berpeluang juga untuk menunaikan tanggungjawap sebagai umatNya di sini. Sedikit apa yang aku tahu tentang masjid sejarah masjid ni.  Khabarnya Masjid ni telah dirasmikan Oleh Sultan Selanggor Darul ehsan pada 11.03.1198 dan ianya telah menjadi lambang keangungan dan kedaulatan agama islam di Negeri Selanggor. menjadi lambang keangungan dan kedaulatan agama islam di Negeri Selanggor. 

Subhana Allah..inilah pertama kali aku masuk Masjid ni.  Suami aku esok paginya repeat semula solat subuh di sini.


I-City Shah Alam


 Dari Masjid Shah Alam, kami rancang untuk ke I-City..  Tapi dari tempat menginap kami kesini agak jauh sikit.  Terpaksalah ku menggunakan khidmat sang Google Maps untuk mencari jalan ke sini.  namun, jika dihitung masa perjalanan dari Masjid Shah Alam ke sini hanyalah dalam 15 minit je mcm tu.  he ..he

Okei, apa itu ICT, apa yang ada di situ eh???..ha ha..Sebabnya, kalau sebut ICT je rasanya semua org tahu..tempat yang ada banyk lampu-lampu tu. Tapi aku share lah dekat korang tempat yang aku dah terjah dekat sini. sooo...opcoslah first tempat tuju kami adalah di sekitar kawasan yang ada banyak lampu-lampu kan.  Untuk posing tangkap gambar.  ha ha....  Kalau bawa anak-anak kecil mesti deme teruja.

Disamping itu aku juga  berkesempatan la naik satu dua permainan..alahai mak budak pon macam anak anak dah kalau ada kat sini tau..ha ha.. tapi untuk main di sini korang kena beli satu kad.  

 

Ni hah rupa kadnya..diberikan nama sebagai I-Kad..ghitueee...ala macam kad Touch n Go tu la spesisnya..Boleh topup-topup..minimum Rm 10.00.  Korang boleh dapatkan dikaunter yang berhampiran.  Satu kad ni boleh guna ramai orang..janji topup nya cukuplah untuk ramai-ramai orang yang main tu..ha ha...keahlian untuk satu kad ini adalah setahun


Ingat saja-saja ke posing kat sini..muahahaaa..ini sebenarnya nak menjukkan yang aku dah main mainan dekat belakang aku tu. walau pun tak kuredho dah untuk main kali kedua..ha ha..mujur laki ku sporting untuk jaga anak waktu ni..dapatlah mak2 ni merasa jadi budak-budak remaja sekejap..hi hi

Kami tak habis pusing pun satu i- City ni..lagipun waktu ni perut dah memanggil-manggil untuk makan. .hu hu..tapi aku cuba lah senaraikan serba sedikit apa yang ada dekat sini.

Antaranya :-

Snow World
Waterworld Park
Trick Art Muzium
Panggung 3D, 4D
Buaian Pusing Gergasi

hat lain nnti korang teroka lah sendiri ye..apa pun best je ICT ni bagi kami orang luar la..kalau orang yang duduk dekat aera sana maybe dah muaklah kan..tak cmtu..ha ha


Uptown Shah Alam


Then,  dah bosan duduk ICT, perut pon dah berdendang lapar, kami terus g Uptown PKNS Shah Alam.  Actually waktu kami di ICT, paksu kami dangan anaknya yang duduk di Klang datang jumpa kami disini..so dialah yang suggest supaya makan sambil santai-santai di uptown. hu hu

Paksu aku bagi tahu uptown ni di buka dari jam 8.30pm - 3.00am.  Operasi tiap-tiap hari.  apa yang aku lihat dekat sini ada dijuai pelbagai barangan antik, barangan bundle seperti contoh jam-jam lama, baju, seluar dan pelbagai lagi..selain barangan antik, barangan viral pon ada je dekat sini....cuma bawa anak kecil tak berapa nak sesuai sebab tertalu panas.  Mujur waktu makan tu okei..sebab tempat makan nya jauh sikit dari tempat ornag niaga barang-barang tu.


Paksu kami lanje..yeayyyyy =)



Vista Alam Garden
Koleksi gambar dan posing sakan kami di hari kedua. (sebelum balik dan pergi kenduri kahwin..hi hi).  tempat kami bergambar gedik-gedik ni adalah di taman Vista Alam. Terletak ditingkat 5 (kalau tak silap).  
After Check out, kami terus tuju tempat kenduri kahwin ex- bos aku tu..minta izin kat dia nak bawa family maksu aku sekali.  hu hu..

Tamatlah jurney kami di shah Alam untuk tahun ini..Next year kita repeat sekali lagi..ha ha..

byeee...


Catat Ulasan

2 Comments

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Borang Maklumat Hubungan