Tempat Yang wajib dikunjungi jika ke Melaka




Assalamuailaikum

Negeri Melaka walaupun kecil di atas peta tetapi merupakan antara destinasi pelancongan di Malaysia yang paling popular. Rata-rata tempat menarik di Melaka lebih signifikan dengan destinasi bersejarah serta keunikan struktur binaan bangunannya.  That's why lah aku diantara orang yang suka sangat jalan-jalan dekat Negeri Melaka.  Dari aku kecik sampai lah aku dah kawin dan dah ada anak sorang, dah lebih dari 10 kali aku ke sini. ha ha. 

Berikut aku kongsikan serba sedikit Tempat-tempat yang wajib dan harus korang lawati bila anda dan keluarga datang bercuti ke sini :-


MENARA TAMING SARI



Negeri Melaka tiada bangunan yang tinggi-tinggi macam di Kuala Lumpur , tapi ada Menara Taming Sari. hi hi.  Ianya berputar secara perlahan-lahan dan anda boleh menikmati pemandangan dari atas dengan tenang.  Boleh memuatkan seramai 66 orang dan mengambil masa selama 7 minit sahaja untuk ianya naik, berputar dan juga turun semula ke bawah.

Dibuka dari jam 10.00 pagi sehingga 11.00 malam

HARGA TIKET


KOTA A FAMOSA



Kalau korang ke Melaka, tapi tak singgah Kota A Famosa bukanlah bercuti ke Melaka namanya kan??. Ha ha. Waktu aku kecil, aku ikut satu rombongan sekolah. Tempat pertama yang kami semua di bawa melawat adalah Kota A Famosa.  Cikgu siap minta kami catit setiap apa jua catatan yang ada tertulis di situ. hu hu

So, apa yang aku tahu ini sebenarnya kubu tentera Portugis.  Sangat menakjubkan melihat struktur bangunan yang telah berusia lebih ratusan tahun ini masih berdiri gah di Melaka.  Di buka setiap hari dan tiada harga tiket yang akan dikenakan (Percuma).  Sesuai untuk bawa anak-anak ke sini dan ceritakan kepada mereka akan sejarahnya. 

BUKAN HANYA ADA KOTA A FAMOSA 
Dekat area Kota A Famosa ini juga, korang boleh ronda-ronda naik beca.  Ada juga muzium-muzium yang korang boleh terjah.  Terdapat juga barangan cenderamata dan kraftangan yang boleh dibeli sebangai tanda kenangan. =)

DATARAN PAHLAWAN MEGAMALL - PUSAT BELI BELAH PALING VOGUE



Pusat beli belah ni terletak bersebelahan dengan Kota A Famosa. Hanya perlu mengambil masa sekitar lima ke lapan minit berjalan kaki.  Merupakan satu pusat membeli belah yang mempunyai banyak outlet, butik dan kedai-kedai berjenama popular dari seluruh dunia. Kalau rasa dah penat pusing- pusing dekat luar tu boleh la masuk dekat dalam ni sejukkan badan sambil cuci-cuci mata. hi hi

Di seberang jalan pulak terdapat satu lagi pusat membeli belah lama yang juga masih popular iaitu Mahkota Parade. Kalau di waktu hujung minggu pasti sesak di kedua-dua mall ini.

MAHKOTA PARADE


RIVER CRUISE

Salah satu dari tarikan terbaru yang ada di Melaka adalah River Cruise.   Menyelusuri sungai selama 45 minit, sambil melihat bangunan-bangunan bersejarah tinggalan lama belanda, kincir angin dan melintasi 7 buah jambatan kecil membuatkan diri anda terasa berada di Rome. ececeh...hi hi.



JETI / TEMPAT BELI TIKET :-

Ada dua lokasi yang anda boleh dapatkan tiket / naik iaitu :-

1.  Muara Sungai Melaka (Berdekatan Muzium Samudera)
2.    Taman Rempah Ratus

Nak lagi nampak dramatik dan romantik. ha ha, cubalah naik pada waktu malam.  Dengan lampu yang warna warni,  Suasana angin yang sejuk dan sepoi-sepoi memang akan mengujakan anda.  Sesuai untuk pasangan yang berbulan madu juga. hi hi.

Untuk yang gemar ber OOTD, anda boleh berjalan kaki di sepanjang laluan bot dan abadikan lah kenangan indah itu di dalam kamera.

JONKER WALK



Bagi pengemar barangan antik atau cenderahati yang klasik anda boleh la ke sini.  Yang penting duit perlu cukup. ha ha.  Istimewanya di sini ada Kuil Hindu, Tokong Cina dan Masjid dalam satu jalan.

 Suka Selfie??  Tak mengapa banyak tempat boleh bergambar dekat sini terutamanya di kedai-kedai hipster.. sambil-sambil tu singgah lah minum sekali. hi hi. Pastikan HALAL okei. ha ha



Aku ke sini suka pada waktu malam. Sebab jalan di sini terlaluuu la jauh.  Tak termampu rasanya nak menapak beribu-ribu-ribu batu. Boleh tercabut tapak kasut. ha ha

Untuk info, pasar malam di Jongker Walk ini dibuka setiap malam.
SEDIKIT TIPS KE JONKER WALK

1. Kenderaan tidak dibenarkan masuk bermula jam 6 petang
2. Jika anda membawa kereta, disarankan agar parking di luar kawasan ini kerana jalan yang sempit akan meyukarkan laluan anda nanti
3. Kebanyakkan Cafe dan kedai makan di sini adalah kepunyaan orang cina. So pepahamlah ye.  Susah nak jumpa makanan yang halal.
4. Tidak digalakkan membawa anak-anak kecil ke sini ketika pasar malam kerana trlalu padat dengan manusia serta sangatlah sesak terutamanya pada hujung minggu.

MUZIUM KAPAL SELAM 



Muzium Kapal Selam ini terletak di Pantai Klebang Melaka dan merupakan muzium kapal selam pertama yang ada di Malaysia. Kapal selam ini namanya SMD Ouessant Agosta 70,  adalah buatan Perancis yang dahulunya dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan kapal selam ini merupakan tempat latihan krew pertama kapal selam di negara ini yang kali terakhir digunakan sewaktu belayar di lautan Atlantik pada tahun 2009.

Berkesempatan juga lah aku masuk ke dalam kapal selam ni.  keluasan yang agak sempit dan terhd membuatkan aku terkenang kepada anak-anak kapal yang bekerja di dalamnya.  Bersyukur la dengan apa jua pekerjaan kita.. kannn..

Kanak-kanak : RM 2 / seorang
Kanak-kanak (bawah 6 tahun) : percuma

Waktu Operasi
Isnin - Khamis : 9 pagi - 5.00 Petang
Jumaat - Ahad : 9 pagi - 6.30 Petang

Alamat
Dataran 1 Malaysia Pantai Klebang,
Jalan Klebang Besar,
75200 Melaka

MELAKA PREMIUM OUTLET



Terletak di perkampungan di Alor Gajah kira-kira 30km dari Bandar Melaka, Freeport A Famosa Outlet Village adalah Outlet Outlet barangan branded untuk para wanita yang suka bershoping sakan tak ingat apoo. Betul tak?? ha ha . Terdapat lebih daripada 70 outlet di sini antaranya 
Levi’s, Puma, Sketchers, Kickers, Hush Puppies, Bonia dan lain-lain

Pada aku, walaupun ianya adalah Premium Outlet tapi harga barang nya tidaklah murah walaupun selepas diskaun ye.   Melainkan jika anda datang waktu-waktu tertentu (Krismas, Raya Cina) mungkin diskaun yang anda akan dapat berbaloi.


Bagi yang tidak minat bershopping,  anda juga boleh cuci mata dengan ber OOTD. ha ha. Senibina bangunan di sini yang klasik memang nampak sangat cantik.

Banyak lagi tempat-tempat yang menarik di melaka yang boleh korang singgah dan melawat.  Dari yang legend ( Taman Buaya, Taman Mini Asean) hinggalah tempat tarikan yang terbaru ( Illusion 3D Art Museum, Rumah Terbalik Melaka, The Stadthuys) dan lain-lain.

Anda hanya perlu google dan search tempat mana yang anda hendak tuju dan minat untuk terjah. giutee...

Sekian..Wsalam..

Catat Ulasan

0 Comments

Borang Maklumat Hubungan