Cameron Highlands : Terjah beberapa jam je

Assalamuailaikum

Percutian singkat or short vacation omputih kata, kami bertiga ke Cameron Highlands pada sabtu minggu lepas terjadi tanpa dirancang. haha..kami memang suka suprise2 dan terkejut2 nih..actually sabtu tu kami buat majlis jamuan hari raya dan juga sambutan hari jadi ayesha yang ke 1 tahun. Alhamdullilah ramai juga yang hadir dan ada juga yang janji2 tup2 hari kejadian tak nampk muka..hakhak..eh2 jangan kecil hati yer..saya tak marah pon al faham sangat kadang2 tak semua yang dirancang akan terus menjadi..setiap satu saat yang berdetik akan ada lah perubahan di setiap rancangan kita kan..part jamuan dan sambutan hari jadi ni, nanti saya update next entry hokei.

olright, jum back pada story cameron.  Jam 9.30 pagi kami masih lagi landing di ruang tamu rumah..Tengah dok pening-pening lalat pikiaq ( eh loqhat kedah plakzz) mcm mana nak kemas barang-barang yang dah dilambak kan dekat beranda umah.  Alaaa masuk balik bab kenduri kendara..haha..wokeiii....abaikan......jum bab cameronnnn..

kami bergerak dari rumah pada pukul 10.30 pagi..sempat singgah sarapan sebelum ke Cameron..Untuk makluman korang-korang dari umah kami ke Cameron Hoghland jaraknya tak jauh mana pun..congak2 darab bahagi tolak tambah bagai dalam 85 Km je. Rasanya kalau gatai2 nak buat solat jamak pon tak lepas haha..

first place yang kitaorang terjah bila tiba di cameron adalah di HoUSE oF LaVeNdEr.  Tempat ni tak yah bayar pon..masuk free2 gitu je..tapi makanan dan minuman kat dalam ni boleh tahan jugak mahalnya..aku dok teringin sangat dengan aiskrim beperisa kat situ. Tgk dekat menu harga..fulamak boleh buat pakej makan tgh hari tau..kahkah..tp disebabkan dah teringin pastu malu lak dngn orang kaunter tu dah dok tenung2, teruih jelah aku order sebatang aiskrim..kongsi2lah jela with my susben..tp sumpah sedap..hu hu..


(Gambar : Sumber Google)

Maleh lak rasanya nak explain panjang-panjang..wakakaka..actually korang pon sebenarnya bukan kaki membaca kan..so mehla aku tempekkan gambar je..zasssssssssss..



Model tak berbayar..hahaha




My Lovely Ayesha. dah setahun dah ko nak ye..tp ibu rasa cam awak ni terlebih baik..haha..(Maksud lebih baik tu cover2 untuk sikap yang terlampau aktif =) )



Part yang bestnye bila tempat2 macam ni tak lain tak bukan berposing lah kan.  Setiap sudut tempat dan kawasan tu kalau boleh nak capture gambar kita jew..Dekat sini lebih kurang macam taman lavender tu jugak..Bezanya di taman lavender tu kena bayar.  hihihi (Eh2 ni pon lavender jugakzz) okei itu tmpt lain..kitaorang tak pergi pon time ni sebab dah selalu sngt masuk situ..haha..nnti aku try review sikit taman lavender yang satu lagi tu tau..tau.




Yezzzz..sukahati sangat aku nak bagitahu time smpai sini hari pon dah tgh hari..first melawat tempat nih.. makan masa lebih kurang sejam..pehtu perut kitaorang pun dah rasa lapar..maklumlah sejuk2 ni perut cepat kosng--kahkah..so dr sini kitaorang teruih je ke Tanah Rata cari kedai makan. Dari House Of Lavender ni ke Tanah Rata makan masa lebih kurang setengah jam jugak.
Lepas je makan tgh hari, time tu jam pun dah pukul 2 lebih. hakikat yang sebenar-benarnya kitaorang ni dah tak tahu nak melawat kemana lagi di Cemeron nih..mybe dah dekat tu,  so tempat ni dah selalu sangat jadi tempat dating kami time belum kawin sampailah dh kawin.ha ha.last2 kami decide nak terjah TeA BoH , sUNgAi PaLas CaMeRon.  in pon free jugak..eh..eh macam dah planing lak nak carik tempat yang free of charge je..haha..actuallly memula ingat jalan dia cantik, tapi bila dah lalui tempat tuh jauh rupanya nak masuk ke dalam.



Nak kabo jugak bagi sesiapa yang berhajat nak ke sini hati2 ye..sebab jalan dia amatlah kecik dan berjurang..memang kena berjaga sangat2..kalau korang rasa baru dapat lesen P tu..haha dan rasa tak confiden nak memandu baik jangan teruskan niat..hu hu..tapi apa pun tempat ni memang ohsem sesangat2..View tak leh nak describe kat sini. kena datang tgk sendiri. Ermm..actually terkilan sebab ada satu gambar je dapat capture time nih..sebab apa???biarlah rahsia, kata Dato Siti Nurhaliza..(poyozz ko kan..haha)

(Gambar : Sumber Google)


This Is taman Lavender yang aku dok memula mention tadi.. Hat yang ni berbayar ye. Tiket masuk jangan di tanya sebab aku dah tak ingat..haha..tapi rasanya dah berbeza dengan harga yang dulu.  Bagi yang suka berselpie maut tu di sini amatlah sesuai..kahkah..

Tamat sudah percutian singkat kami..sesingkat story aku..haha..byeeee..

Catat Ulasan

1 Comments

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Borang Maklumat Hubungan