Assalamuailaikum
Story tentang percutian aku ke Alor setar baru je habis part 1..Part 2 aku tak tahulah bila nak mulanya..ha ha..so bersabarlah anda-anda semua yer..Tapi untuk part ni aku nak review hotel yang aku menginap selama 3 hari 2 malam di Alor Setar.
HOTEL TABUNG HAJI ALOR SETAR
Jika anda bercadang ke Alor Setar Kedah, Anda boleh cuba bermalam di sini. In syaa Allah, saya jamin penginapan yang sangat selesa dan sangat berbaloi untuk dikunjungi.
Jika anda bercadang ke Alor Setar Kedah, Anda boleh cuba bermalam di sini. In syaa Allah, saya jamin penginapan yang sangat selesa dan sangat berbaloi untuk dikunjungi.
Kedudukan Lokasi Hotel ini tidak jauh dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Oleh itu, ia dapat memudahkan para pengunjung yang menggunakan perkhidmatan udara (flight) untuk ke sini, dimana hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Bagi pengunjung yang menggunakan jalan darat dari arah selatan boleh 'exit toll' Alor Setar Utara.
Alamat : No 5 Lot 3860 Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Negeri, 06550 Alor Setar Kedah
FASILITI DAN PENGINAPAN
Harga untuk satu malam korang boleh search guna Booking.com @ Agoda. com. TH Hotel menyediakan beberapa jenis bilik antaranya Superior Queen dan Deluxe Twin. Di bawah ini juga aku sertakan screenshot antara kemudahan-kemudahan yang ada.
Pemandangan dari dalam bilik kami..memang terasa sejuk mata memandang..sawah padi terbentang luas depan mata..cuma waktu malam je rasa tak feel..sebab gelap..harapkan pandang lampu jalan je..ha ha..
Bilik mandi pon aku nak review juga..he he..beza bilik mandi ni dengan yang lain2 hotel, ianya ada di sediakan paip untuk wudhuk sekali. Ruang 'melepas' yang agak jauh terpisah dari tmpat kita mandi menjadikan ianya amat selesa sekali..=)
PInjam anak dara kecik nih buat model..hi hi..
Restoran tepi bendang ni menang ohsem dan feeling-feling ala kampung. Namun ianya menyajikan pelbagai pilihan menu hidangan Melayu, India, Barat, Kantonis, dan Scezhuan yang lazat dan yang paling penting HALAL. =)
Aku...kalau hotel tu ada nasi lemak,memang lagi berganda-gandalah aku suka datang ke sini. ha ha
Memang sedap dan menyelerakan =)
Ayesha pon suka
Selpie dulu sebelum makan. hu hu
KOLAM RENANG
Berbezanya kolam renang dekat sini adalah tempat mandinya yang patuh syariah di asingkan kepada dua bahagian, iaitu untuk keluarga dan untuk kaum wanita sahaja.
Turut disediakan kemudahan urut badan lelaki dan juga wanita.
TEMPAT MENARIK BERDEKATAN
Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati berdekatan dengan hotel ini adalah :-
Menara Alor Setar,
Pusat Membeli Belah (Pekan Rabu)
Aman Central Mall
Stadium Darul Aman
Masjid Zahir Lagenda
Dataran Alor Setar
Muzium Padi
dan Etc.
Secara keseluruhannya aku sangat-sangat puas hati. Untuk itu sekian saja review aku. Sebarang maklumat lain berkaitan hotel ini, boleh la search, google atau datang sendiri ke sini.
Wasalam.
0 Comments
Catat Ulasan
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!