Cuti-Cuti: Alor Setar

Assalamuailaikum

Sabtu baru ni saya dengan family tanpa sengaja bercuti di Alor Setaq Kedah. ha ha..kenapa memilih Aloq setar (tengok, slang pon dah tukaq..haha..memang kedah sangat-sangat nih :P)..Sebabnya encik suami ada seminar dekat Hotel Tabung Haji & Convention Center Alor Setar  Jadinya tanpa merancang apa-apa aku dengan suami terus je decide nak pergi sekali..Kebetulan pulak diorang memang dah ready booked hotel tu untuk satu bilik setiap peserta..Aku rasa bertuah pulak lah encik suami duduk dalam bilik tu sengsorang kan.  memang aku takkan kasi can punyalah.. ha ha

Sebenarnya inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Alor Setar.  biasanya aku ke perlis je.. Itupon sebab nak ke Pulau Langkawi..ha ha..Sebut pasal Pulau Langkawi dalam hati ni teringin plak le nak kesana.  Maklumlah kalau di kira pada tahun, rasanya dah lebih 8 tahun aku tak ke Pulau Langkawi..hu hu..so, takpe simpan cuti bebanyak nanti setting time akan ku ajak juga encik suami bercuti di sana. ha ha

hokey2 back to real story, Kami tiba di sana pada jam 2.30 petang..perut pon dah mula berbunyik tanda nya minta makanan untuk di isi..Pusing-pusing pekan alor Setaq tak nampak pon ada kedai yang buka..finallynya encik suami kata jumla kita check in dulu kemudian baru sambung semula cari kedai makan.  lepas dah siap-siap check in, kami contuniue cari destinasi makanan yang best sekali di alor setaq(cewahh..ha ha)..dekat setengah jam mencari, barulah jumpa.  rupa2nya barulah kami tahu yang hari kami pergi sana tu adalah hari sabtu, tapi dekat alor setq hari sabtu umpama macam hari ahad bagi negeri diorang..so pepaham le kenapa susah sangat nak cari kedai makan..sebab kebanyakan kedai tutup pada hari tu..ok finee...terdetik pulak rasa menyesal sebab takmau berhenti makan waktu dekat RnR gurun tadi..huhu..

Sebabkan dah petang sangat, kedai yang kami berhenti nak makan tadi tu pun dah kehabisan lauk..nasi pon sebenarnya dah habis.,.tapi mujurlah makcik tu dok tanak nasi yang lain..terpaksa lah juga menunggu dalam 15 minit.  perut jangan habaq la..lagi-lagi aku yang memang kuat makan ni..ha ha. lepas tu kami minta pulak makcik tu gorengkan telur dadar..hihi..sory makcik kami lapar sebenarnya..Dapat makan pulak dengan kicap..ada pulak sambal belacan..perhhh..powerlah..berbaloi jugak kami sabar mencari kedai makan tadi, tapi nikmat selepas jumpa dan makan tu terasa macam di hotel 5 bintang..kahkah..



**memang terbaiklah makan ala-ala macam ni..warung kecik je tepi jalan..makcik ni pon best..layan je kitaorang nak apa..haha..harga lagi terbaik..murah gila-gila..Encik suami dua kali tembah..fefeling macam makan dekat kampung sendiri pulak..kahkah**

Lepas makan, kami terus je menuju ke hotel..memang tak plan pun nak jalan-jalan dulu petang tu...sebab ingatkan program suami bermula hari tu jugak..rupa-rupanya bila dah sampai hotel diorang bagitahu yang program akan bermula keesokakan harinya..so untuk aktiviti hari tuh adalah bebas...ermm..memang itulah jawapan yang kunanti-nantikan..haha..laju jelah mulut ni duk cadangkan tempat mana yang harus kami tuju petang nanti..;)

Sampai je dalam bilik hotel tu, orang pertama yang merasmikan katil bersaiz queen yang cantik lagi bersih itu, adalah Nur Ayesha Batrisha binti Mohd hafiz...Seronok pulak dia golek gelantang atas katil..tetiba, risau pulak hati ibu.. memang kena berjaga dan berhati-hati lepas nih..risau jatuh..mujurlah memang ada bawa siap-siap bantal dari rumah (termasuk bantal busuk dia sekali ;))..jenuh lah pulak si ibu mengepungkan batal setiap penjuru..haha itulah bila dah ada nak kecil..dulu-dulu waktu baru kahwin sampai-sampai je bilik hotel terus je tido..konon penat la tuh..sekarang takde lagi istilah penat..apa pun anak keutamaan no satu..


**memula masuk bilik ni, terasa sungguh keterujaan tuh,,kemas, bersih, luas dan part paling menyentuh hati, cuba lihat di hujung katil..biasa kita masuk mana-mana hotel di setiap penjuru katil akan ada lipatan tuala dalam pelbaagai bentuk, tapi di TH Hotel ni hanya ada segulung SEJADAH.**


**Inilah Nur Ayesha batrisha, permata hati ibu ayah.."ayesha penat la ibu..tolongla mandikan ayesha,lepastu ayesha nak tido..haha..ibu tahu itu yang ayesha cakap dalam hati kan.."**

Petang tu, lepas mandikan ayesha, kemudian uruskan diri sendiri, solat, kami terus decide nak melawat Muzium Padi. Bersandarkan harapan (eh eh macam tajuk lagu pulak dah) pada googgle maps, alhamdullilah destinasi yang kami nak tuju mudah je kami cari..lagi senang dari guna GPS..hihihi..Tapi rezki tak menyebelahi kami time tu, Muzium dah pon tutup..aduhh..kecewanya..

"tapi ada part kelakar kat sini tau "berkisar tentang pertanyaan suami aku dengan seorang pakcik "

Encik suami "pakcik nak tanya sikit, pukul berapa muzium ni tutp yer..kalau buka pulak pukul berapa yer"

pakcik tu sahut " ooohh..maaf la dik pakcik pon ini first time datang sini..tak tau la pulak pakcik pukul berapa dia bukak dan tutup. "

Encik Suami " owhh takpe2 maaf pakcik saja nak tahu je..pakcik datang sini rombongan jugak ke..dari mana"

jawapan pakcik nih""takle dik, umah pkcik depan ni je hah..saja datang duduk dengan kawan2 dekat sini..

Encik suami..kirk..krik..krikk

Fine pakcik..kami faham..biasalah tu apa yang didepan mata tak nampak kan..ha ha 



** Ayesha tido time nih, memang kesempatan ibu la nak bergambar..tutup pon xpelah janji part tulisan muzium padi tu harus tayang...menunjukkan yang aku dah pernah sampai sini..ha ha..angkuh tak ingt aku nih..alor setaq je pon..**

okey, saya selitkan sedikit info tentang Muzium Padi nih:-

Dibuka pada setiap hari bermula dari jam 9.00 pagi - 5.00 petang (Kecuali jumaat TUTUP SEMENTARA 12.30 t/hari - 2.30 petang), 
Bayaran masuk RM 5.00 seorang untuk DEWASA dan RM 2.00 untuk kanak-kanak / pelajar sekolah beruniform.

Dari Muzium Padi, kami terus ke Menara Alor Setar..seperti tadi khidmat Google maps memang tak mengecewa kan..rasa macam dah biasa pulak lalu lalang di alor setaq nih..hihi.  Tapi sebelum tu sempat juga kami singgah Pekan Rabu, actually Pekan Rabu ni terletak betul-betul di belakang Menara Alor Setar..untuk pengetahuan, Pekan Rabu dipindahkan sementara waktu di Kompleks bangunan Ukir Mall untuk memberi laluan naiktaraf Pekan rabu yang lama.


**Pekan rabu adalah tempat perniagaan orang-orang melayu..
ada bermacam jenis kraftangan, baju kurung, baju melayu, t-shirt, hand bag, telekung, kain pelekat dan batik dan bermacam-macam lagi (nak cerita satu-satu pening..haha)..
dan yang paling penting aku singgah sini sebab nak cari baju tido..asyik sangat nak bercuti sampaikan baju tido pon lupa bawa..habis tu takkan aku nak tido pakai dress pulak..ha ha..**

oraitt, back pada menara alor setar tadi, untuk makluman pembaca kesayangan semua, menara Alor Setar ni adalah sebuah menara telekomunikasi yang berdiri tegak setinggi 165m (541ft), dibangunkan untuk Telekom Malaysia. Selain dari itu menara ni juga turut dijadikan sebagai menara permerhati untuk melihat anak bulan. (tu yang aku baca dekat geleri dia lah..)



**Tiket masuk boleh di dapatkan di kaunter kaki menara..ianya dibuka dari 10.00 pagi hingga 10 malam.  Harga tiket dari RM 3.00 Sehingga RM 10.00 mengikut kategori iaitu, Dewasa, OKU, Warga emas, Pelajar, Kanak-kanak dan Warga Asing.**


**Menara Alor setar di waktu malam, jamu mata dengan melihat pertukaran warna warni di setiap badan menara alor setar..memang cantik..**


**Sedikit terkilan sebab ayesha tak boleh bawa naik menara.  
Petugas di kaunter tu kata ketinnggian menara ni tak sesuai untuk kana-kanak yang di bawah umur setahun..di sebabkan ayesha yang masih kecil lagi, tekanan udara semasa naik dan juga turun mungkin akan menyebabkan gegendang telingga nya rosak..
so, untuk tak mengambil risiko, 
aku batalkan hasrat nak lihat sekitar bandar raya alor setar dari atas 
menara..takpelah..insya Allah satu hari nanti jika di izin kan Allah kita datang lagi..ye..time tu ayesha pon dah boleh naik sekali**

Habis pusing-pusing menara Alor setar, hari pon dah mula menjengah malam. Perut aku pon mula dah terasa lapar balik..(aje kuat makan..haha).  Dalam perjalanan nak balik hotel tu, kami singgah restoran Old Castle.  Hati teringin nak makan ala-ala thai..so aku dengan rakusnya terus je order tomyam seafood tanpa aku tahu bagaimana lah bentuknya tomyam seafood ko tu..haha


**Sekali sampai..tadaaaa..apa nihh..kuah putih macam masak lomak sayur je..haha..tu la tkde tanya-tanya..last-last separuh je ku makan.  encik suami lagilah..dia memang tak berapa suka dengan seafood2 nih..Mujurlah ada lauk telur dadar, sayur kailan ikan masin dengan sotong goreng tepung..dan lagi-lagi mujur harga semua makanan nya tak smapai  RM 30.00 pon..murah kan..save budget macam ni..hihi**

Setttle bab makan, kami terus je balik hotel..Esok paginya encik suami dah dapat tugasan untuk program esok..so, memang kena tido awal, walaupun kami tahu takkan tercapai hasrat itu selagi ayesha tak lelapkan matanya..haha..Finaly jam 12.00 juga baru kami tido..=)

khatam sudah hari pertama kami di alor setar..hari kedua aku nak cerita pasal muzium padi jer..hari pertama x dapat masuk so kami repeat semula hari kedua, seelpas habis program encik suami..Selain tu aku juga nak REVIEW mengenai TH Hotel nih..

Best sangat kah Hotel Tabung Haji ni????Next entry i story okey..daaa...

Catat Ulasan

2 Comments

  1. salam kak, kedah memang makn best, cuma haritu ada kedai baru buka kat alor setar kalau free mai la singgah. Ada menu sarapan dan tengahhari
    ✨ Sarapan Pagi al-Barokah ✨

    • Nasi Lemak Panas2
    • Nasi Goreng Meletop
    • Pulut Ikan Masin
    • Bihun Goreng Marvellous
    • Kuey Tiow Goreng Ssedapp
    • Ayam Goreng Tepung Yummy
    • Telur Mata
    • Telur Rebus
    • Ikan Temenung Lemak
    • Ikan Bilis Rangup
    • Sosej Ayamas Goreng
    • Sardin Homemade
    • Sambal Sotong Padu

    �� Menu Istimewa al-Barokah ��
    • Capati
    》 Kuah Dhal Telur

    http://www.wasap.my/+60194262477/NakOrder

    MENU TENGAHARI AL-BAROKAH

    Tudiaaaa..nasi ayam pakai beras basmathi��
    Jarang2 orang pakai beras ni buat nasi ayam.��
    Dengan ayam besaq��
    Nasi pun banyak ��
    Sup pun sedap,boleh dok hiqup pulak ��

    Tak ceqita pasai Bihun Sup Padu lagi��
    Dengan daging lembut ��
    Sup pulak kalau boleh nak mintak lebih��

    Nahhaiii Ayam Percikkk pulakk��
    Yg ni kalau tak order, tak complete aih makan..��
    Rata2 pelanggan kalau lepas makan, esok inshaAllah mesti repeat..��
    Hampa kalau tak percaya, pm deqas2..��

    Takmau dah cakap banyak,nanti lapaq. Hampa nak tau qasa dia mcm mna��
    Boleh tekan no di bawah ��
    www.wasap.my/60194262477

    #puashati
    #hargamampumilik
    #inshaAllahsedap
    #kenaseleratekak
    #ramairepeatorder

    alamat dekat
    No 7, TINGKAT BAWAH KOMPLEKS SERI FAJAR,
    JALAN DATO SYED OMAR,
    ALOR SETAR, KEDAH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oyeke..terima kasih dik..in syaa Allah..ada kelapangan jika kesana akan singgah

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Borang Maklumat Hubungan