Tips Memakai Perfume Dexandra -

Hasil carian imej untuk tips pemakaian dexandra
Ramai yang pakai perfume. Mungkin sebab peribadi pembersih atau nak pikat kekasih . . Apa-apa sekali pun, nak pakai perfume ada cara. Tapi, awas! Berkemungkinan ada kesalahan atau fakta yang salah disini.

Cara salah pakai minyak wangi.
1. Pakai perfume semasa tubuh masih basah selapas mandi.
2. Pakai perfume lebih daripada satu pada masa yang sama
3. Pakai di tempat yang salah
4. Pakai dari atas ke bawah
Selalunya kita pakai perfume mulda dari badan ke bawah kan? Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga. Kaedah ini dapat menguatkan lagi bauan perfume tersebut.
5. Pakai perfume di baju
Pakai perfume pada badan bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? So kali ni pakai perfumedulu baru pakai baju.
6. Menggosok perfume selepas pakai
Kalau jenis spray, selepas di spray di pergelangan tangan, jangan di gosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah seterusnya note atas or median akan hilang. Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama.
7. Pakai perfume di tempat letak barang kemas/perhiasan/jam tangan
Anda juga jangan memakai perfume dekat barang kemas/perhiasan/jam tangan. Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume apabila bercampur. Selain itu, dikhuatiri juga perfumeakan merosakkan barang-barang tersebut.
8. Letak perfume di tempat terlalu panas/terlalu sejuk
Faktor terakhir kenapa perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda menyimpan perume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu yang panas. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangiperfume tersebut.
Cara pakai dengan betul
1. Guna satu perfume pada satu masa
2. Untuk memastikan wangian dari perfume anda berkembang secara baik, oleskan perfume atau minyak wangi paling kurang 1 jam sebelum anda pergi untuk memberi waktu kepada minyak wangi untuk mesra dengan minyak pada kulit anda.
3. Perfume berkesan kepada kulit yang ‘panas’ dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume. Ada 7 point utk mengekalkan keharuman perfume iaitu:
1. belakang telinga

2. nadi pada sendi tangan
3. siku
4. ruang bawah dada
5. celah paha
6. belakang lutut
7. pergelangan kaki
Tips extra
1. Sesiapa yang suka bertukar perfume dinasihatkan berhati-hati apabila memakai perfume di pakaian. Kesan perfume yang tertinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dengan pemakaian perfume baru. Pakaian juga mungkin boleh rosak disebabkan oleh perfume tersebut.
2. Bagi mereka yang tidak serasi atau sensitif terhadapperfume, cuba gunakan bau yang lebih ringan.
3. Perfume boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Untuk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jangan simpan perfume dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.

Catat Ulasan

0 Comments

Borang Maklumat Hubungan