Assalamuailaikum
Sapa pembaca-pembaca blog di sini tahu tentang kewujudan Muzium Makanan (Wondefood Muzium). Actually aku sendiri pon baru tahu tentang muzium nih..itupon sebab aku nak bawa si kecil ayesha ni berjalan2 ke Pulau Pinang tapi tak tahu arah tujuan..ha ha..So tetiba ada seorang kawan tu mencadangkan tempat ni (Wonderfood muzium).
Asalnya kami sesat juga..selok belok jalan di pulau pinang ni, yang kami arif nya kalau nak menuju ke batu feringgi ataupon yang di sekitarnya.. jalan ke bukit bendera pon dalam kepala jugak la, sebab pernah sesat juga dulu..situasi sesat larat tula sebenarnya mematangkan fikiran..wakakakaka..last2 jumpa juga itupon setelah menggunakan khidmat rakan karib ku mr Google.(Google maps)..terima kasih kawan sejati ku..hihihi..
Asalnya kami sesat juga..selok belok jalan di pulau pinang ni, yang kami arif nya kalau nak menuju ke batu feringgi ataupon yang di sekitarnya.. jalan ke bukit bendera pon dalam kepala jugak la, sebab pernah sesat juga dulu..situasi sesat larat tula sebenarnya mematangkan fikiran..wakakakaka..last2 jumpa juga itupon setelah menggunakan khidmat rakan karib ku mr Google.(Google maps)..terima kasih kawan sejati ku..hihihi..
This is location for muzium makanan. Untuk info korang2 muzium makanan ni terletak berhampiran jalan padang kota. kalau korang perasan dekat jalan padang kota tu ada satu bulatan kecil yang dekat tengah2 nya terletak bangunan jam kecil atau nama khasnya Queen Memorial Clock Tower.
Ni hah, aku tempek kan sekali buat rujukan korang.. =). Susah nak explain sebiji2 jalan nak ke situ..so korang kena rajin2la mengoogle jalan ye..takpun on kan je korang punya GPS..selesai masalah..huhuhu
Pintu masuk Wonderfood Muzium. Ianya terletak bersebelahan CIMB Bank..yang tak berapa nak bestnya di sini parking susah nak dapat.. Kami pon 3 - 4 kali pusing baru la ada..tapi kalau yang jalan berkawan2 tu..korang parking dekat area jeti pon blh..tkdelah jauh mana sangat pon..huhu..macam aku ni sebab bawa si kecik so, kalau boleh depan2 pintu muzium tu aku nak parking..muahahaha..
Nak review harga tiket lak..takdelah mahal sesangat..boleh la ikut budget keluarga kecik macam aku nk hah..teheeeee..tapi kalau ramai2 terasa lah jugak kan..
Kami cuma bayar rm 30.00 sahaja sebab ayesha dibawah umur lagi..untong2..haha
Yezaaaaa...first picture yang telah di snap oleh jurufoto di muzium nih..best kan bila kita nak bergambo je ada orang tolong capturekan..siap tunjuk ajar sekali cara-cara nak nak posed..salah satu dari kelebihan di muzium makanan ni..tak yah dah nak selpie2 guna monopod bagai sebabnya time tu semua orang akan berebut nak bergambar kan..kan....ha ha..
Dekat sini semua repilika makanannya sebiji nampak original..aku terpegun sekejap tengok nasi beriyani tu..memang nampak sama macam nasi beriyani yag asli..aku terfikir gak berapa lama la diorang nak hasilkan replika yang macam nih..memang pakar sesiapa yang membuatnya..dan dari info pekerja muzium tu, pereka setiap replika adalah anak melayu tempatan..wahhh..aku plak tetibaaa rasa bangaaaa..haha
Yummmyyy..kalau la ayam sebenar-benarnya sebesar ini.setiap seminit akan ku timbang berat badan ku ini..haha..yesss..i also love food..
Pelbagai jenis makanan, ulam-ulaman, dan juga buah2an yang terhidang di dalam bekas kaca nih.. aku tahu ayesha dah teruja sangat di waktu nih..haha
Mee kari udang..kuahnya betul2 menyelerakan..nampak sangat minyak dan kari nye sebati..fuhhh..udang tuhh..udang tuhhh..besarnyee kenyang sehari suntuk nih kalau aku dapat habiskan mee kari ni..tapi sayang beribu kali sayang ianya adalah REPLIKA..i repat replika..okeiii..wakaka..sempat jugak aku p celopkan jari aku dalam kuah tu..kerassss...
Nasi lemak!!!!, my pevret makanan..ini kalau ada pakej sekali dengan bau..sebelum keluar tu aku nak mintak kertas rating..aku nak kasi 100% rate untuk muzium nih..muahaha
Segala jenis dan bentuk2 manis-manisan. happy la aku dekat sini..dah le mata dok di jamu dengan bermacam jenis menu masakan..lepah tu ada plak makanan yang berwarna warni..combo lagi dengan jurufoto yang sering senyum je melayan kerenah kami..tip topp arrr..tak rugi iols bayar tadi..
Nyum-nyum..dap sungguh nampak laksa ni kan. Ikan nye siap seketul lagi kat atas tu. Aku pose ala-ala suap menyuap..Ayesha pula buat muka pelik, or dia pun macam ibu dengan ayahnye yang sedang bergelut menelan air liur. =)
posing ala makanan nak tumpah..walaupun aku tahu posing tu 1% pon tak manjadi..haha..orang tak fotogenik cegitulaa..huhu
Boleh bawa buku catatan nih..banyak sangat makanan di malaysia yang kadang-kadang kita pon baru tahuuu..sadissss
orang yang suka makanan sentiasa orang yang terbaik.likeeee me!!!..
" Food should be fun"..betul tu..tengokla siap bersimpang2 beg aku di badan sambil menarik air teh tarik!!!
Ayesha nak makan durian tak. Sedap ni, selongok sehinggit je. kah kah. Buah-buahan kat sini semua nampak ariginal. Memang berbakul-bakul aku letak bintang untuk muzium ni. Semuanya berjaya menarik perhatian sekali dengan nafsu makan.muahaaaa
Cepat kasi tahu wajah siapakan itu..haha..
Kuah kacang memang banyak gula ye anak-anak. harus tahu tu..hu.. hu.. Baguslah muzium ni. Selain dari pameran replika makanan ada juga info pasal bab-bab kesihatan ni. Bagus-bagus..
oh my..my..dap dan lazat sungguh kuih2 nih..tapi tk syioknyeee takleh nak makan..kerasss lika batuuu..haha
bergambar version angkat kuih..tetibaaaa...=)..ayesha dah boring..i guestttt..huhu
Percaya tak yang makanan ni semua di saluti emas..wallahhualam le.. orang yang jaga tempat ni yang cakap. thats why tempat ni di asingkan dari replika yang lain2..bilik kebal deme kata..ermmm..
Yuhuuuu..lolipop ni berjaya menarik perhatian ayesha yang dah dilanda keboringan..
Tamat lah sudah jelajah kami di wonderfood muzium Pulau Pinang. Sebenarnya banyak lagi gambo yang aku tangkap di Muzium nih. Tapi aku dok pilih mana yang aku rasa menarik dan tertarik je untuk tatapan engkorang semua. kang kalau tempek bebanyak jemu pulak korang membaca nanti. ha ha
Lepas ni nak try masuk nuzium hantu pulak. Kome tahu ke ada muzium hantu juga di sini..Kalau tak tahu jomlah kita google ramai-ramai pasal muzium hantu ni...Apa- apa pun kena buat research dulu sebelum masuk. yela bayar mahal- mahal sekali masuk tak best.. Naya!!!
Nah!!!setempek gambar muzium hantu. Best ke idak nanti kita terjah hokei..pe pun hidup anda jangan lah sentiasa di selubungi misteriiii..kuang..kuang..kuang
bubai..