sambut hari jadi yang paling simple

Assalamuailaikum

Alhamdullilah, semalam genaplah usia ku 33 tahun.  Semakin meningkat usia semakin banyak cabaran dan dugaan nya.  Syukur kepada Allah tahun ni aku dapat menyambut hari lahir bersama-sama dengan dua orang yang istimewa dalam hidupku.  Nur Ayesha Batrisya, hadiah yang paling istimewa dalam rumah tangga kami. Hadiah yang perlu kami jaga dan pelihara sebaik-baiknya. Semoga anak ibu membesar dengan sihat dan jadi anak yang solehah ye sayang. amin..itu doa ibu yang tak pernah putus.

Sebenarnya sepanjang tiga tahun kami berdua, kami tak pernah nak sambut hari jadi secara besar-besaran. Kalau buat pon sekadar kenduri doa selamat. Itupon waktu memula kami sah sebagai suami isteri.  Keluarga mertua yang buat di kampung. Just panggil jiran-jiran terdekat dan sedara mara yang rapat.  Tahun ke dua pulak sambut dengan jiran sebelah rumah je.. ha ha. sempoi dan simple kan. Bila masuk tahun ketiga langsung tak sambut sebab aku di landa kemabukkan time mengandung. hidung tak boleh nak berbau makanan..erkk..

Then, pada tahun ni kekonon encik suami nak buat spesial la sikit.  Lagi-lagi bila dah ada anak. Suasana tu terasa berbeza dari sebelum-sebelumnya.  So tengah hari tu encik suami kata dia nak buat suprise malam nanti.  okey, aku menurut perintah je.  Tapi sampai je waktu petang, suami amik aku balik dari kerja dia boleh tanya pulak nak sambut hari jadi kat mana.  Ciss.. kata suprise..Aku yang dalam keadaan terpinga-pinga ni laju je cakap mana-mana pon boleh laaaa.. walaupun hati kecil aku kat dalam ni nak cakap " jom la kita sambut di hotel, ala-ala candle light dinner tu. ha ha

tiba je kat umah aku terus siapkan anak.  Malas nak pakai kan dia baju yang cantik-cantik sebab biasa nye asal naik kereta je dia akan tido..nanti bila sampai kat destinasi pon dia akan tido jugak. bila dah berdukung lama baru la nak jaga.  Dan disebakan malam tadi hujan aku cadangkan dekat encik suami untuk cari tempat yang suitable dengan ayesha. Bincang-punya bincang..suprise pon entah kemana. lastnya suami kata jum la abg belanja makan di hadramout. ha ha

Hadramaout ni adalah sebuah restoran yang menyajikan makanan arab.  Boleh dikatakan femaouse lah jugak di Ipoh. Harga pon okey-okey je..tak mahal sangat. dan takle jugak murah.. hu hu

So inilah hadiah hari jadi aku. tanpa candle light dinner, tanpa bunga-bunga + lilin di tengah, tanpa muzik, tanpa macam-macam lagilah..Tapi aku bersyukur sesangat sebab hadiah yang paling besar aku dah terima..itu lagi bermakna.."Nur Ayesha batrisha" permata hati ibu dan ayah.

 Selamat hari lahir ibu, :), Terima kasih sayang..muahhhh..hihi

 Ya Allah..dapatkah aku menghabiskan sepinggan nasi ni..kemanakah diet yag aku perjuagkan selama ini. kah kah.

hai, saya lah hadiah itu ibu kata.hi hi

Okey itu je ..byee...sayonara..aik tetiba...

wawawa




Catat Ulasan

0 Comments

Borang Maklumat Hubungan