Cuti-cuti Pulau Pinang

Assalamuailaikum

Minggu lepas aku dengan encik suami berjalan ke pulau pinang bawa permata hati Nur Ayesha Batrisha jalan-jalan tengok laut.  Tak tahu lah dia faham ke idak dengan laut tu.  Tapi bila aku cakap " ayesha, tengok depan tu laut..luas kan..dia nyahut la pulak.."hu hu hu' kata nya. ha ha

Sebenarnya, rancang nak bawa dia berjalan luar dari ipoh ni dah lama. Tapi memandangkan dia kecil lagi, so atuk dengan opah dia tak kasi. Diorang kata takut nanti dia demam, yelah jalan jauh-jauh risau dia penat.  Kami follow je, mana lah tahu kut-kut betul pulak nanti. kesian kat ayesha

Sekarang umur ayesha sudah masuk 4 bulan lebih.  Tapi akal pemikirannya macam dah umur lapan bulan. asal kami pergi kerja je mesti meronta atas dukungan opah dia minta di lepaskan sebab nak ikut.  hey,!!!! umur awak baru je 4 bulan okey, tapi dah tahu nak berjalan-jalan bagai. haha

Di sebab kan itu aku dengan encik suami pun plan nak bawak dia melihat benda atau tempat yang dia belum tengok lagi. So aku sugesst pada encik suami bawa dia bercuti ke tempat yang ada laut. ikut pada plan asal kami nak ke Pulau langkawi, tapi tup tup terdengar pulak khabar angin mengatakan ada kawaasan-kawasan yang berpantai dilanda ombak pasang besar, Eh, Risau la pulak nak naik feri ke sana. Lagi-lagi bawa anak kecil.  Mula la fikiran merewang perkara yang bukan-bukan. So terbatal terus hasrat tu.  Last choice kami decide pergi pulau pinang. Memang la ada pantai dan laut jugak tapi sekurang-kurangnya takde la nak kena naik feri kemudian terpaksa pulak duduk dalam tu lelama. hu hu

Kami bertolak seawal 9.00 pagi.  Kalau ikut hati kami nak bertolak awal lagi dari tu, tapi pepaham le bila dah ada anak kecil ni semua perkara jadi lambat. Apa-apa pun kena selelsaikan part dia dulu..second barang-barang dia..last sekali baru part kitaorang. Yang encik suami pulak semua perkakas ayesha dihangkutnya masuk kereta. sampaikan kettle air pon di bawak sekali. katanya nanti takut kat sana takde tenpat nak masak air. Nanti ayesha nak minum susu takde air panas nak buat. urmmm..up to u lah encik suami..asalkan awak bahagia.. ha ha


 Saya memang suka dan pandai berposing depan kamera tau, Ibu pon kalah..hi hi
Kami tiba di Pulau Pinang jam 11.30 pagi.  Tapi agak mengecewakan sebab cuaca umpama tidak mengizinkan kami bawa ayesha berjalan-jalan sambil tengok laut dan pantai.  Sepanjang hari tu asyik hujan je. Kalau reda pon sekejap-sekejap. Kesian ayesha, kami sampai takde idea nak bawa dia ke mana di Pulau Pinang nih.. silapnye sebab aku tak study dulu tempat apa yang sesuai aku bawa ayesha berjalan di sini.. so, kami hanya ronda-ronda dalam kereta je la..Ayesha pon dah naik busan. Kejap-kejap dia menangis.  Adoii risau pulak ibu dengan ayah.  Tapi tak lama lepas tu hujan mula berhenti. Cuaca pon dah mula nak panas. So aku cadangkan dekat encik suami supaya bawa ayesha naik bukit bendera. Mesti dia seronok dapat naik keretapi kan. Sampai dekat bukit bendera, suami pon bayarla duit parking..Untuk info kat bukit bendera ni ssh jugak nak dapat parking. Kalau ada pon akan dikenakan bayaran sebanyak RM5. hu hu


Sekali lagi hajat nak bawa ayesha naik Keretapi bukit bendera tak tercapai jugak. Nak katakan public holiday rasanya tak, tapi punyalah ramai umat manusia di situ. Nak beli tiket entrance je kena beratur sampai sejam. Itu belum lagi nak beratur naik train.  Boleh la juga kalau nak ikut yang FAST LANE punya, tapi aku la pulak rasa macam membazir, Sebab kalau tiket NORMAL perjalanan untuk dua hala hanya RM10.00, kalau untuk dua orang baru RM 20.00.  Tapi kalau ikut FAST LANE seorang je dah kena charge RM 30.00 bagi perjalanan dua hala, kalau berdua dah RM60.00. perhh..berganda-ganda pulak aku kena bayar.  yang huntong nye ayesha je tak dikenakan bayaran sebab umur dia di bawah 4 tahun. hu hu  So aku cakap dengan suami lain kali lah..Takde rezki lagi la tu nak bawa ayesha naik train.

Tapi, percaturan Allah tu lagi hebat, elok je kitaorang keluar dari bukit bendera tu, hujan turun dengan lebat sekali. Syukur alhamdullilah, Kalau tidak ,sempat ke nak berlari cari tempat berteduh. kalau ada pon mesti terpaksa berasak-asak dengan orang ramai .  Kesian Ayesha trpaksa berhimpit-himpit dengan orang lain..
Penyudahnye kami bawa ayesha ke WONDERFOOD MUZIUM.  Dah tentu-tentulah dalam nya berbumbung. Siap ada aircond lagi..Okey, mesti ramai lagi yang tak tahu tentang kewujudan WONDER FOOD MUZIUM ni kan . Aku tahu pon dari seorang kawan. So aku terus la search info pasal muzium ni bersama dengan encik GOOGLE.


Story penuh tentang WONDERFOOD MUZIUM ni nanti aku akan update di next entry okey. .Dekat situ nanti aku akan bagi tahu harga dia dengan apa yang ada kat dalam tu.. Kalau nak cantumkan sekali kat sini risau terpanjang pulak story mory bercuti di Pulau Pinang nih..so bersabar ye korang-korang semua..

Selesai menjelajah seluruh muzium ni kami pon terus je ke Batu Feringgi mencari hotel budget untuk berehat dan tido.  Actually kami pergi ni pon bukan la ada rancangan untuk bermalam disani. last-last minit pulak encik suami kata risau nanti dia tak larat nak drive balik. lagi pulak bila bawa ayesha dah tentu-tentunya tak boleh nak balik lewat malamkan. Penat pulak dia nanti. Mujurla memang dah prepared baju siap-siap..kalau tak udah pulak nak menyoping baju.. ha ha 

So hotel budget yang kami nak pilih ni mestilah kena selesa jugak kan.  Bukan untuk keselsaan kami semata-mata tapi lebih pada ayesha.  Sengaja kami tak ambil hotel yang mewah-mewah memandangkan kami "check in" pon dah petang, kemudian esoknya pulak kalau boleh seawal 11.00 pagi kami dah kena check ot.  Tak naklah tiba lambat di Ipoh. Sebab esok nya pula kami nak keje. Jadi ttakde la rasa rugi jika bayar mahal-mahal duduk sekadar untuk tido je.. Lain la jika nak ber HONEYMOON. hak hak.

Back pada hotel budget tadi.  Kami menginap di FERINGGI INN hotel. Kalau tengok dari luaran memang nampak macam eiuwww selesa ke duduk sini. Tapi serius la aku cakap " don't judge a book by its Cover"  sebab kat dalam dia macam hotel 3 bintang tu jugak. Bilik air pon bersih. Cuma dekat sini takde lah nak disediakan "voucher" untuk sarapan pagi.. Yang tu kena cari sendiri okey, tapi itu yang aku suka..Boleh pilih makanan atau gerai yang macam mana kita nak ikut pada selera kita. 




Rate satu malam untuk yang standart room punya adalah RM 80.00. Kalau yang jenis Family Room pulak adalah RM 150.00 untuk satu malam  Okey la kan.. Dekat bawah hotel ni pulak penuh dengan kedai makan. Tapi di buka hanya pada waktu malam sahaja so, boleh la korang main pilih-pilih gerai mana satu yang korang nak .. Kalau nak guna permainan "lat tali lat tali tam plung" pon boleh jika ada banyak pulak choice korang kan. ha ha

Ayesha pon dah bosan sebab ibu dengan ayah dia asyik makan je kat sini. ha ha..


Gambar ni kejadian di esok harinya..Time ni nak check out dah.  Tapi sebelum check out tu kereta kami pulak di landa masaalah. Boleh pulak tak boleh nak start enjin. Gabra la jugak sekejap. sampaikan nak breakfeast pon rasa tak selera.hu hu Mujur la kebetulan ada pulak kawan encik suami yang bekerja di situ. so, atas pertolongan dia Alhamdullah semuanya berjalan dengan lancar walaupun dah terbang duit RM 250.00 gara-gara kena tukar bateri kereta..Bateri dah weak dia kata. adesss...dugaannn..

Actually aku posing kat sni sebab nak menayangkan tulisan di belakang tu. hi hi Nampak kan ada tulis ayam penyet, Ikan bakar, ais kacang bagai tu. kat situ la kami dinner malam tadi.  Sedap tau makanan dia. sumpah tak tipu. My husband order mee goreng pedas. Aku pulak makan nasi goreng ikan masin. Rasanya memang perfect. Cukup ramuan la orang kata. Harga pon murah..Lepas tu kami order pulak satay 10 cucuk. itupon sedap jugak..urmmm..kenyang..keekeke


Sebelum terus balik kami singgah makan tengah hari di restoran nasi kandar berhampiran dengan persiaran gurney. time tengah makan tu tiba-tiba hujan pulak lagi.  Terpaksa la tunggu reda sikit baru gerak sebab kan kitaorang parking kereta agak jauh dari restoran tu.. Yang aku pulak dok gendong kereta sorang ayesha.  Biasanya kereta sorang tu kitaorang guna bila ayesha tengah tido jerk..Kalau dia dah berjaga jangan harap lah dia nak duduk dalam tu,.Waktu kitaorang tengah makan tu memang dia tido.  Elok je nak balik dai jaga pula..adess la ayesha.. ha ha.. Dari situ kami sempat jugak singgah Padang Kota.. Waktu ni hujan dah reda.. Hajat singgah sebenarnya sebab encik suami dah rasa tak tahan sakit perut.  Mana taknya asyik makan nasi dengan kuah kari je. ha ha

Bila dah tersinggah tu, Ingatkan nak lepak lama sikit kan sebabnya waktu kami tiba semalam aku ternampak banyak patung-patung ada kat dalam padang tu. So, mesti ada apa-apa event kan. jadinya aku niat nak terjah jugak sebelum aku balik esok..Namun, malang jugak hari ni sebab cuaca sekali lagi tak mengizinkan. baru je tangkap seketul gambo udah hujan turun mencurah-curah.. Langsung tak sempat nak menjenguk apa program yang diorang buat dekat situ..Kecewa la lagi..huk huk

Memandangkan hari tak berapa nak elok encik suami cakap baik balik je la. Lain kali ada rezki  kita datang lagi sini. Aku menurut je. lagi pon dah takde idea nak kemana bila dah hujan-hujan cegini. Sebabkan padang kota dekat dengan feri, jadi kami bawa la ayesha naik feri. Memula risau jugak , first aku risau sebabkan fenomena ayer pasang, tapi alhamdullilah takde apa-apa yang berlaku, walaupun memang time tu ayer laut sangat bergelora sehinggakan kami boleh rasa di atas feri tu, cuak la jugak.hi hi keduanya risaukan ayesha takut dia terkejut sebab tak biasa lagi naik feri, tapi rupa-rupanya apa pon tak rasa dek dia....Siap boleh main cak-cak pulak dengan family sebelah kerta kami tu. ha ha

inilah rupanya opah kata muka nohing (buat tak tahu)..he he


Bye-bye pulau pinang . ayesha nak balik ke ipoh dah..InsyaAllah ada rezki ibu kata nak bawa ayesha datang sini lagi.  Mungkin time tu ibu boleh bawa ayesha berjalan di tepi laut pulak kan. hehe

kami tiba di ipoh pukul 5.00 petang. Berhenti dua kali je sebab nak terkucil.. konon nak singgah jugak makan petang, tapi encik suami kata perut dia dah tak tahan dengan masakan kedai. so dalam penat penat tu aku masak la jugak ikan masin goreng dengan bawang, pastu telur dadar.  Makan bersama nasi panas dengan kicap.  Perhh sedap jugak rupanya..layannn je..kah kah

okeylah finish cerita tentang percutian singkat ayesha ke pulau pinang.. Minggu depan insyaallah kami nak ke Melaka pulak.. Ada rezki aku akan update cuti-cuti kami di melaka pulak yer..

k. byeee...

Catat Ulasan

0 Comments

Borang Maklumat Hubungan