Melaka entry last

Assalamuailaikum

Memandangkan hari ni hari jumaat, jadinya masa rehat pon agak panjangkan. he he..Nak g berjalan shopping kompleks pon rasa tak larat. mana tidaknya perut makin membesar, badan pon asyik penat je. so, bertabahlah wahai hati ye..tinggal lagi 5 bulan je lagi.nak tengok anak mama keluar dengan sihat.

amin..

Bila dah menung-menung ni sesajalah godek blog dan mulalah aku dok membaca satu persatu story yang aku dah buat. Baca punya baca rupanya ada satu story pasal travel aku ke Melaka 2 tahun sudah tak sampai ke penghujung. ha ha..pe daaaa...jadi apa kata aku completekan cerita bagi habis..orang dulu-dulu kata tak elok cerita sekerat jalan..hi hi

k meh nak sambung, sapa nak review dari awal boleh pegi ke link ni.

Selesai je makan malam di cafe tu, kami tak terus balik ke bilik, sebab ada lagi tempat menarik yang nak dilawati pada malam tuh iaitu Cowboy Town . Dekat sini apa yang aku maklumla sebelum masuk tu, ada persembahan dari haiwan-haiwan seperti ayam, gajah, itik, burung..ermmm..okei dah masuk nnti kita tgk..huhu..owhhh..persembahan red indian pon ado deme kata..

ada ni hah, aku riview kan sekali untuk engkome jika berhajat nak datang sini nanti kan..harga tiket masuk ke Cowboy town..Tempat ni di buka waktu malam je rasanya..kalau salah sila betul kan ye..hehe..actually waktu aku masuk hari tu pon show dah separuh berjalan. sempatlah tgk persembahan haiwan yang deme dok war-war kan tu..tapi sumpah aku terpegun..agak nye berapa lama la diorang dok latih haiwan2 tu semua jadi cerdik..susah kalau aku nak cerita kat sini apa yang haiwan2 tu buat..aku boleh cakap time tu diorang berkawad macam kita2 ni berkawad..itu yang basic yang advance tu la yang aku kata, aku terpana sekejap..(wahhwahhh..haha)


Maaflah gambar agak kabur, sebabnya waku ni baru nak up sikit..so handfon pon agak ketinggalan sedikit..haha..bila tangkap gambar waktu malam, dia akan jadi out of coverage..(haha :P).  Selain daripada perembahan red india, dan haiwan2 ni semua, aku tgk didalam cowboy town ni lebih kurang macam adik beradik funfair je..muahaha..jangan marah..apapun best di sini..pengalaman tgk show haiwan tu yang memag best.


Berposing ala anak dara duyong..hihi..di hari ketiga..Dah last day dah rupanya..hukhuk..Lepas kami kemas beg, teruih je kami berjalan kaki ke Golfer's Terrace A Famosa Resort.  Actually dari bilik kami ke tempat sarapan pagi ni agak jauh sedikit..yang bestnya sebelum tiba dekat cafe tu, korang boleh hirup udara segar padang golf..haha..tapi pada yang tak mampu nak jalan jauh2 tu, korang minta lah sesiapa antr korang dekat situ..naik kenderaan je senang..tak berpeluh..huhuhu

Selesai urusan Check out, rombongan kami di bawa ke tempat lawatan terakhir..Sebenar2nya yang last program ni yang ditunggu2..Mandi manda di Water Team Part A Famosa :P. Ikut idea asal kami berdua, memang maleh nak mandi..pening nak pikir2 salin baju bagai..tapi bila dah tgk tempatnya, tercabar jugak jiwa dan raga nih..last2 nya terjerumus la jugak kami berdua..haha




Sorylah i tak tayang gambar mandi kami..malusss laksss..lagipon haremmmm..hihi..so i gantikan dengan gambar sesudah mandi..jadilah kan..

jadinya, lepas dah makan tgh hari bagai, kami semua bergerak balik lebih kurang pukul 1.00 petangi.  Sempat gak singgah di nilai. rasanya aku tak beli apa-apapun.  Sekadar menjamu mata.  Jam 9.00 malam syukur alhamdullilah kami selamat tiba di ipoh.  .Dan sebenarnya inilah kenangan manis aku yang terakhir bersama dengan staf  Pejabat Tanah Batu Gajah (Unit PLB) sebelum aku bertukar Jabatan

N, Actually sekarang aku tengah RINDU korang semua..sobs..sobsss..

byeee...

Catat Ulasan

0 Comments

Borang Maklumat Hubungan