rezki Allah tiada pernah terduga

Assalamuailaikum

Agak lama juga aku tidak ber blog. Hampir 3 bulan. Alkisahnya aku mengalami alahan yang teruk, sampaikan nak melihat handfon pon rasa nak terkeluar balik isi perut..hehe. Tapi sesukar mana pun aku tetap akan tempuh, kesyukuran yang tidak terhingga aku panjatkan padaNya kerana setelah hampr 3 tahun menanti akhirnya aku dan suami dapat merasa menjadi seorang ibu dan bapa. Memang tak pernah aku sangka demam teruk yang aku alami beberapa bulan yang lalu adalah petanda bahawa tumbuhnya janin di dalam rahim ku.

Bulan Oktober adalah bulan yang bersejarah buat ku. time tu mak sedara dengan paksu sedara juga baru balik dari menunaikan haji.  Waktu tu, dalam fikiran aku hanyalah nak dapatkan buah zuriat dari mekah, Tak salah jika mencuba kan..tapi, sebenarnya aku tak sempat pon nak makan buah zuriat tu..hehe..Sepatutnya hari aku amik maksu dan paksu aku dari mekah,adalah hari yang sama kawan baik aku akan datang...sebabkan "period " aku yang sentiasa regular, tetiba rasa something pulak, actually kalau tak tepat pon cuma awal sehari dua je..lewat pulak memang jarang sangat-sangat.

so, aku dah fikir yang kali ni memang gerak hati aku tepat.  Tapi aku tunggu jugak dalam masa 3 hingga 4 hari.  Masih tkde apa-apa yang berlaku. aku nekad suh suami aku belikan pregnancy tast. dan seperti yang aku jangka hasilnye  mengembirakan. Syukur alhamdullilah sekian lama menunggu, akhirnya Allah makbulkan juga doa kami sekeluarga.

bermula je dari hari tu, ada-ada jelah alahnya.he he..First alahan aku masih bertahan lagi..masuk bulan yang kedua aku dah mula teruk. Hinggakan aku terpaksa amik cuti tanpa gaji selama 2 bulan. 

Now, usia kandungan aku dah mencecah 5 bulan. Semoga zuriat ku ini akan membesar dengan sihat ye sayang..

amin..



aktiviti lepas mengalami alahan teruk he he..bersantai menikmati indahnya ciptaan Allah..(lumut)

Catat Ulasan

0 Comments

Borang Maklumat Hubungan