Kelah-kelah Teluk Batik

Assalamuailaikum

Januari 2016 adalah permbukaan kepada cuti-cuti kami ke Teluk Batik.

^_^

Tak rancang sangat pon sebenarnya, saja sembang-sembang dengan maksu ahad seminggu sebellum kitaorang pergi tu, tup -tup dia ajak pulak. Yang kami ni pulak dah planing nak tido di kampung suami. Rasa x  seronok kalau x blik. Jadi, aku dengan suami dapat idea balik kampung dulu kemudian hari esoknya baru datang ke Teluk Batik. Bagitahu rancangan kami dengan mak mertua, dia pulak cadang nak masak-masak kat umah bawak bekal untuk kelah.

so sabtu tu lepas servis kereta kami terus balik kampung. Ptgnya,kami bawak family suami makan mee udang dekat Kuala Sepetang. Yang ni tekak aku yang teringin sangat-sangat sebenarnya. Tapi, lepas je makan tak sampai sejam aku dah keluarkan balik semua isi perut.tak tahu la apa yang aku silap makan. Yang peliknya aku dengan suami aku je yang kena. mujur lah sempat singgah pasar malam beli sayur dengan ikan masin buat lauk berkelah pagi esok.

Keesokkan harinya...

Kami tiba dekat Teluk Batik pada jam 11.30 pagi..Gerak dari kampung pukul 9.00 pagi. Kampung dekat padang Rengas Kuala Kangsar. Biasa kalau nak ke lumut kami ikut jalan manong - beruas. perjalanan lebih kurang macam ipoh - lumut jugak. bezanya takde lampu merah macam dari ipoh ke lumut. he he. sejuk mata memandang tengok kampung dengan gunung ganang di kiri kanan jalan.

Sampai je kami kat lumut, maksu dah siap sedia tunggu di bawah appartment. Sebenarnya maksu aku dengan family dia dah stay sehari di situ. Diorang menginap di Marina Cove lumut.  so, hari yang kitaorang sampai tu diorang kena check out dah.  tapi sempat juga la kami rehat dalam 2 ke 3 jam di situ.  Sewaktu kami sampai tiga orang anak dia tengah bercycling di sekitar kawasan teluk batik. Maksu aku kata sewa. Berapa ringgit sejam aku tak tahu. Tak tanya pon. hu hu. Perjalanan dari Marina Cove ke teluk batik tak jauh pon dalam 1.5 km je. Dekat sangat kan. 


tiba di teluk batik punyalah ramai orang. teraagak-agak juga lah nak cari port nak kelah yang sesuai..cari punya cari alhamdullilah jumpa lah juga..bawah pokok redup je..pastu maksu aku sewa plak kerusi malas tu..mula2 sewa sebiji jer..lama2 jadi tujuh biji..ha ha..so tikar yang kami bawa tu jadi lapik barang kami jelah..

selesai aktiviti makan2..incik suami kata nak mandi laut..so silakan..time ni haku tengah mengandungi..haha..lau tak dah lama saya join sekali..kuang..kuanggg..finally aku jadi tukang tengok je la..sebab kan itu maksu aku ajak naik bot..sewa katanya..dia kira sekepala..berapa RM tu tak ingat la pulak.  pusing-pusing situ je..ingt boleh sampai Pulau Pangkaor..haks..haksss


orang bot tu bawa kitaorang sampai ke sini.  niat asal maksu aku sebenarnya nak paksa adik bawa bot ni ke jambatan panjang di sebelah hujung sana nun.. (yang dalam gambar dekat atas nih..)..tapi adik bawa bot ni kata tak boleh..itu kawasan larangan katanya..hu hu..so terkubur terus hajat tu...he he


Abang Nadhir bawa Bot???ha ha..dah aim lama rupanya yerk..mujurlah adik nih sempoi..di relakanya la juga..sabar naaaa..hi hi..family kami memang ropa nih..hapening..berani, tegas, bertangung jawap, amanah..ha ha..cam slogan polis la pulak...



Redho je anak ibu dalam perut ye..haha
Habis la part kelah dekat Teluk batik nih..selesai nasi dalam mangkuk..lauk pauk pon licin..memang selera makan tepi laut ni kan..hu hu

Sebelum  balik tu kami singgah sekejap dekat Taman Paya Bakau..Masuk percuma je
Tapi keselematan di sini tak berapa nak safety..terlalu banyak monyet-monyet liar
silap2 haribulan korang kena kejar..hihi..
tapi..deme kata jangan bawa bungkusan atau apa2 yang boleh menarik perhatian mereka 
so kami redah je..yang rela nak masuk sini, aku dengan suami, lepas tu tiga orang anak maksu aku..
yang lain semua tunggu luar..=)




Anak maksu aku bawa botol mineral..dah habis kena curik dek monyet2 tuh..ha ha
Dari Taman paya bakau kami terus balik. Maksu aku dengan anak-anak dia balik ikut jalan lain, Yang kami ikut jalan nak ke teluk senangin sebab nak antar mak mertua balik ke kampung. 
saja je ikut jalan jauh sebenarnya sebab nak rasa makan angin. 
last kami singgah pekan taiping makan cendol. 

sampai umah time isyak..esok nak kroje dah..so byeeee..ha ha

Catat Ulasan

1 Comments

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Borang Maklumat Hubungan