Rancangan untuk my birthday dan anniversary

Assalamuailaikum..

Tak sabar rasanya nak menunggu bulan 10. Bulan yang banyak peristiwa.he he. salah satunya, hari jadi aku dan juga anniversary kami yang ke dua tahun.  Alhamdullilah, walaupun bak kata lirik lagu P-Ramlee "sedangkan lidah lagi tergigit, apa lagi suami isteri" namun, cinta dan sayang kami tetap utuh..

syukur-syukur. =)

Macam tahun sudah aku penah rancang nak sambut hari jadi dan annerversary sekali. combine dua dalam satu.  first plan nak buat di hotel, tp my mum kata dia teringin nak tengok menantu dan anaknya sambut dua perkara tu depan mata dia..pulak tu, hari jadi mak aku pon jatuh pada bulan yang sama.  So, lagilah besar harapan dia nak sambut sekali dengan anak menantunya buat yang pertama kali. Taknak hampakan perasaan seorang ibu, aku dengan suami buat secara kecil-kecilan je. Mak kata itu lebih afdhal dari buat besar-besar..he he..

okey-okey ^-^

tapiiiii..itu tahun sudah, tahun ni hasrat aku memang besar sangat nak meraikan dua perkara ni kat luar. Yelah, sementara takda zuriat ni la nak merasa menikmati suasana berhoneymoon di tempat yang istimewa. Dulu-dulu waktu lepas kawin cuma tido hotel, jalan-jalan, makan-makan pastu balik..ha ha..tang mana honeymoon nye..semuanya desuppp camtu je..sebab waktu tu kami memasing sibuk..cuti pun memang kami amik sikitje..pastu pulak, kitaorang ni nikah gantung..p bercuti tu pon time lepas nikah..kalau ikutkan parents aku, diorng memang tak kasi langsung peluang kat aku dengan suami untuk duduk berduaan. kata deme nanti bila nak bersanding hilang seri di muka..ha ha..tapi aku dengan suami ni nakal, kona sana, kona sini..last-last lepas jugak..so, bila tiba hari sanding, kitaorang memang langsung tak amik cuti..sebab time tu dah hujung tahun..cuti pon dah habis...

Kalau ikutkan plan aku, cadangnya nak amik full pakage untuk honeymoon. senang, walaupun agak mahal tapi kita x pening nak pk macam-macam. semua diorang yang akan arrangekan..Dalam otak aku ni dok terbayangkan katil besar yang siap ada bunga-bunga kecil diatas nya bersama dengan aroma bau bunga-bungaan..lepas tu, ada candle light dinner..makan beradap gitu..bertentangan mata sambil telingga mendengar alunan bunyi bisikan biola..si suami pulak tetiba minta hulurkan tangan...sekali..taraaaa..wahhhh besaunya hadiah..bersinauu kaw jahhh............

pastu, debushhhh jatuh katil..aku mimpi rupanya..ha ha ha..

Nampak tak katil yang super ohsem tu..makin melangit lah angan-angan aku..ha ha..yang ini kat Tanah Aina Farrah Resort..Nama Chalet ni pon "Honeymoon" sesuaiii sangattt =)
Philia Resort di melaka..ohsemm gilaaa..tapi rate untuk satu malam boleh tahan jugak..cuma kalau boleh request untuk pakej honeymoon mungkin akan jadi berbaloi sikit kut. pe pun kami akan cuba servey lagi mna tmpat yang sesuai dan boleh safe budget.

yang ni dekat port dickson lexis hibiscus.nampak tak laut kat bawah chalet ni..adesshh..pon lawa dan super duper jugak..pening-pening..cumaaa..aku rasa x menjadi berhoneymoon kalau di sini..keje aku dok tenung je laut kat bawah tu 24 hours..sian suami ku..haha
Sememangnya aku harap impian ini akan menjadi kenyataan.  walau pun tak seratus peratus yang macam mana aku inginkan tapi sekurang-kurangnya ia akan menjadi tanda ingatan yang istimewa buat kami berdua. Dan mana tahu rezki Allah tak terduga kan..tup-tup plak balik je dari Honeymoon ni kami bakal menjadi ibu dan ayah..amin-amin robalalamin..

Catat Ulasan

0 Comments

Borang Maklumat Hubungan