Assalamuailaikum
Tak pernah terpikir sepanjang kehidupan aku selama 25 tahun, yang aku akan lakukan satu perkara yang mungkin pada orang lain ianya suatu perbuatan yang agak kurang cerdik, tapi pada yang senasib dengan diri aku ianya adalah satu perkara yang akan meninggalkan satu memori indah, yakni selepas perkara dan perbuatan itu kita tinggalkan. ha ha..anda agak pening kan!!
K meh sini nak cerita..cuma saya harap korang nilai la dari mata hati sendiri, kalau kita rasa diri kita susah, sebenarnya ada lagi insan yang lebih susah. dan perlu sangat-sangat kita pegang dengan kata-kata ni " Allah takkan uji seseorang hambaNya melebihi dari kesanggupan dirinya."
Beberapa tahun yang lalu, terlalu bnyak peristiwa dan pengalaman pahit yang aku kena tempuh. salah satunya terpaksa berhenti kerja..actually perkataan "berhenti" tu tak sesuai kut, lebih tepatnya di tamatkan perkhidmatan " Kontak". Aku pernah berkhidmat di satu agensi awam selama 6 tahun, dah genap je 6 tahun tu kontrak kami tak dismbungkan kembali. Aku redho, walaupun waktu tu aku baru je membeli sebuah kereta kononnya nak bagi keselesaan pada kedua ibu bapa aku dan janji yang aku sendri akan bayarkan ansuran kereta dengan duit gaji. Tapi x sampai pon setahun dah dapat berita sedih nih. Banyak lagi peristiwa pahit tapi cukupla satu nih yang aku akan ingat..yang lain-lain aku sebolehnya nak hapuskan terus dari memori aku.hi hi
Lepas dari tu, bnyk jugak kerja yang aku mohon, dan bnyak juga yang aku dapat tawaran, tapi xde satu pon yang sesuai dngn aku, bukan aku memilih tetapi keadaan yang memaksa aku dari terima semua tawaran tu. Hampir setahun juga aku menganggur, dan selama itu bapa aku la yang terpaksa pula meymbung bayaran duit kereta. Sebalnya hati aku tika itu hnya Allah yang tahu..
Kata orang, " mendung tak semestinya hujan" dan hidup ini ibarat sebuah roda, tak selamanya diatas, dan juga dibawah. Syukur alhamdullilah, aku dapat tawaran dari salah satu agensi di Kuala Lumpur. Dalam keadaan aku pada ketika itu, aku sememangnya bercadang untuk keluar dari negeri aku dah merasa suasana baru di tempat yang lain. Dari situ bermula la detik yang baru dalam kitaran hidup aku. Pada asalnya aku memang berpindah ke Kuala Lumpur. Aku menetap di salah satu rumah pangsa di Kg Baru. Tapi, jodoh aku dengan kwn2 serumah aku tak panjang, sebabnya, jujur aku nak bagi tahu yang jiwa aku bukan seperti kawan-kawan aku yang menntap di Kuala Lumpur. Tiap-tiap minggu bila tiba je hari Jumaat aku akan balik ke ipoh..pagi isnin plak baru aku balik KL. Tolak, bahagi, campur, darab duit gaji, berapa sen je yang tinggal. Bila di congak, duit sewa bilik + duit api air, duit makan minum, duit tambang train pergi balik keje, duit tiap-tiap minggu balik ipoh(bus) + balik ke kl (ETS) memang tak cukup. kalau kata nak menyimpan memamg tak boleh la apatah lagi nak bagi kat mak abah.
Tapi, "hadiah" dari Allah memang kita tak pernah duga. Satu hari tu, waktu aku nak balik ke Ipoh, naik bus Plusliner, aku nampak ada seorang kakak yang bagi aku agak familiar setiap kali aku balik ke ipoh. so, aritu aku beranikan diri bertanya
"Assalamuailaikum, akak keje kat mana yer. setiap kali saya balik ipoh selalu nampak akk naik bus nih"
" waalaikumsalam, aah, akak keje kat area bangunan KLCC, akak ni berulang dik"
"??? (berulang) maksudnya mcm saya la hari jumaat je balik ipoh, isnin pagi datang balik, cmtu ker?"
" Tak lah, akak berulang setiap hari..(akk ni dah start sengih, musti bosan ngan soklan aku kut"
sebab kan tu dia terus je cita tapi aku soal lagi. ha ha
"akk amik pas ulang alik ipoh - KL setiap hari, sebanrnya dik ramai yang berulang , ada dekat berbelas orang. Alasan diorang sama je, " Family". ada yang anak dan suami/ isteri dok ipoh tapi diorang taknak pisah dngn ibu / bapa diorang. tak payah penat-penat nak pk2, berulang je la jalan penyelesainya. penat memang penat dik tapi demi keluarga terpksa la berkorban. takkn sebabkan masalah dengan keluarga kita x bekerja pulak. lagi satu belanja sebenarnya lagi jimat dari kita menetap di KL."
Ok, fine, aku xde masalah keluarga, tapi jika aku boleh ikut jejak diorang, maybe aku boleh savekan belanja aku. Duit untuk tiket pergi dan balik Ipoh -KL tak sampai RM 600 pon, sebab kita dah dftr jadi ahli diorang. tiap minggu pulak kitaorang dapat voucher free sehala perjalanan. makan minum plak, hnya makan tengah hari jer..makan pagi aku memang bawak bekal..makan malam dah memang kat umah sendiri. so duit sewa dah tak perlu bayar..duit api air pun takde, duit train harian pon tak yah..memang bnyk save,
TAPI!!!.
Tenaga memang terpaksa dikerah sehabis boleh. Seawal 4 pagi aku dah siap mandi..hias diri apa yang patut (takkan nak selekeh g keje kan..penampilan kena jaga jugak) jam 5.00 pagi aku dah siap tercongok dalam bus. Selalunya tepat pukul 5 je dia berjalan dah. macam pakcik (pemandu bus) yang biasa bawak kami berulang ni dia tau dah pukul berapa sepatutnya dia sampai KL. Untuk elakkan dari terkena "jem" pakcik tu akan budget sebelum pukul 7 bus kami tu mesti dah kena lepas tol jalan duta..kalau tak memang merah la punch card aku. he he..penah jugak kena..tp mujur bos memahami..thanks bos..=) dan juta-juta thanks juga pada pakcik tu(pemandu bus) yang banyak tolong kami-kami nih.
Yang tu waktu hari biasa-biasa..tapi bila tiba bulan posa..lagi aku sebak..aku bersahur dan berbuka dalam bus je..kadang-kadang mak bapk aku pon tak sempat nak berbuka jugak. sebab diorang takut aku sampai ipoh diorang tak sampai lagi..selalunya diorang minum dulu pastu makan buah kurma sikit, terus g amik aku kat Hentian Medan Gopeng. Besar sungguh pengorbanan diorang kan.
ITU DULU, SEKARANG..
Alhamdullilah, aku dah balik ke Negeri asal. Sudah berkahwin dan juga sudah punyai kerja yang tetap. Ye, dalamsetiap cubaan dan dugaan kemanisan nya tetap akan tiba jua. Cuma masa dan ketika sahaja yang kita tidak pasti. Cuma apa yang aku harapkan sekarang kejujuran dari orang yang tersayang. dan semoga kebahagian ini berkekalan ..amin robalalamin..
0 Comments
Catat Ulasan
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!