Gosok
gigi, Mandi…..
Pakai
baju,
Kasi
wangi……….”
Ha haaa
haa..okei jangan ketawakan pantun yang tak menjadi tu tau!!! Actually admin cuma
nak sembang sikit pasal wangian yang aku dan uolss2 selalu guna..mesti
korang-korang mahupun admin sendiri pun selalu fening nak pilih wanggian apa
yang sesuai untuk kita guna..kadang-kadang kita suka yang brand macam tu..macam
nih..tapi bila tengok budget sendiri macam terpaksa korbankan benda-benda yang
tidak penting untuk perkara yang lebih memerlukan..ye doppp..
Tapi apapun alasan kita, sebagai seorang wanita, mahupun lelaki
sekali pon tolong jangan abaikan bab-bab yang melibatkan penampilan
diri..yesss..selain dari pemakaian yang kemas, kita pon mesti tak suka orang
lain duk mengata tentang bau badan kita kan ….kalau
wangi orang sekeliling pon suka..kita pon bertambah bahgia..tak gitueee..hi hi
aku sendiri penah alami situasi dimana di waktu ketika aku
sering menggunakan minyak wangi jenama &&& dan murah di atas factor kekurangan
budget..muahaaa..tapi apa yang merungsingkan aku ialah selepas dah
spray..bauan itu hanyalah bertahan selama 1 hingga 2 jam sahaja..kemudian aku
terpaksa spray semula dan ianya akan membuatkan minyak wangi aku cepat
abis..kadang2 tak sampai 2 minggu..hah!!!!!
Itu satu bab..satu bab lagi, aku ni jenis alergik..pernah juga aku mencuba minyak wangi international (konon)..beli boleh tahan jugak mahalnya tapi entah dekat mana salah silapnya..badan aku (terutamanya di tengkuk dan pergelangan tangan) naik bintik-bintik merah dan gatal..adoiii payah kan!!!!
Di sebabkan itu, aku gigih mencari beberapa tips yang sesuai di
dalam pemilihan minyak wangi:-
5 Tips Memilih Minyak Wangi
Ini
wajib dan harus korang praktikkan dalam setiap pemilihan wangian
badan..nak beli bukannya murah..betul kan ??dah
beli tapi tup-tup tak sesuai pula dengan tubuh badan kita..cmne tu!!!!!
Jum
cekedaut……
#1 SEMBUR PADA KULIT BADAN
Lain badan, lain bau. Apabila minyak
wangi terkena pada kulit, ia akan mencetuskan aroma yang berbeza. Tips memilih
minyak wangi yang sesuai dengan kita adalah dengan melakukan semburan pada
kulit dan bukannya baju bagi memastikan wangian tersebut sesuai dengan tubuh.
Jangan terpedaya dengan iklan sahaja. Sembur sahaja di pergelangan tangan anda
atau leher. Dua tempat ini juga merupakan spot untuk
wangian tahan lama, tau!
.
#2 KENALPASTI BAUAN YANG SESUAI
Sebelum beli, mesti bau dulu kan ? Jangan bau lebih dari 3 bauan dalam
satu masa, kang anda yang poning. Hehehehe. Minyak wangi boleh dipilih
berdasarkan bahan serta aroma yang digunakan. Ada minyak wangi jenis bauan bunga-bungaan,
ada yang buah-buahan, dan pelbagai variasi lain. Biasanya, setiap wangian untuk
lelaki atau wanita berbeza baunya, wanita lebih lembut baunya manakala lelaki
lebih kuat. Jangan lupa pilih haruman yang sesuai dengan personaliti dan gaya hidup masing –
masing ya!
.
#3 KENALPASTI JENIS MINYAK WANGI
Minyak wangi ni ada EDP dan EDT. Ramai orang keliru dan tak tahu
apa itu EDP dan EDT. EDP ialah Eau De Parfume manakala EDT adalah Eau De
Toillete. EDP merupakan perfume yang mengandungi 8-15% cairan original perfume dan baunya boleh bertahan sehingga 5-8 jam. EDT
pula adalah lebih ringan dan mengandungi sekitar 4-8% cairan original perfume tersebut. Daya tahan lama bau pulak adalah 2-5 jam.
Jadi lakukan perbandingan dan pilih secara bijak!
.
#4 MENGETAHUI CARA YANG TERBAIK MENYIMPAN MINYAK WANGI
Simpan perfume pada
suhu bilik. Dilarang sama sekali meletakkan perfume di suhu yang terlalu panas seperti didedahkan dibawah sinaran matahari ataupun di dalam kereta
yang panas. Sebab ini akan mengubah bau dan partikel
perfume serta mengurangkan kuantiti perfume.
.
#5 KENALPASTI MINYAK WANGI YANG BERKUALITI TETAPI DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN.
Diluar sana, terlalu banyak pilihan minyak wangi dari harga semurah rm10.00 hingga yang beratus2 ringgit. Jadilah pengguna yang BIJAK!!! Biar mahal sedikit tetapi puas hati dan yang paling penting BAUAN NYA KEKAL LAMA.
oleh sebab itu, aku sendiri telah beralih kepada perfume jenama DEXANDRA!!perfume badan yang tahan lama sehingga 8 hingga 9 jam, HALAL, menepati citarasa rakyat malaysia dan mesra travel.
untuk info lanjut dan membuat tempahan boleh rujuk sini
BYE2
1 Comments
Nice sharing..tq
BalasPadamCatat Ulasan
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!