Assalamuailaikum..
Aku dok kira-kira dekat 5 kali aku ke Cameron Highland dengan suami dalam 2 tahun ni. sekali je waktu kitaorang dalam bertunang. Yang selebihnya lepas kawin. ha ha. sebenarnya tempat yang sejuk macam ni sesuai untuk hilangkan rasa stress. Tapi aku stress ke pon?? hu hu.. takde lah jugak, cumanya aku memang gemorkan tempat yang brcuaca dingin jika aku nak bercuti.
Minggu lepas, aku dengan suami memang tak planing pon nak cuti memana. tapi entah macam mana minggu tu nama kami berdua terselit plak sebagai peserta kursus di Ulu kenas, Kuala Kangsar. Aku ni memang tak suka sangat pergi kursus. Jadinya bila habis je kursus, tak semena-mena aku terus cakap kat suami nak bercuti sabtu ni. hati tu kesian juga kat suami, yelah baru balik kursus khmis petang, hari jumaat sempat krja lagi, sabtu pulak nak kena drive pergi Cameron.
tapi bila bab-bab camni aku memang respek kat encik suami. Walaupun dalam keadaan penat dia masih lagi mampu membahagiakan aku dan tidak pernah nak menghampakan hasrat aku.
jadinya, sabtu tu pon kitaorang bertolak lah ke Cameron Highland. Itupon lambat Aku bagi peluang kat encik suami untuk berehat lebih sikit pagi tu. Jam 10.30 pagi baru kitoarang gerak. Sebenarnya perjalanan dari rumah aku ke Cameron cuma amik masih lebih kurang sejam je tapi, kitaorang sampai kat tanah rata dalam pukul 12.00 tengah hari sebabnya terlalu banyak berhenti. he he. Sampai je sana, perut pulak terasa lapar. cakap kat suami cari kedai makan dulu baru cari idea nak jalan ke mana. so encik suami bg cadangan nak makan kat tanah rata. Aku ni setuju je. Janji perut dapat di isi. haha Pusing punya pusing jumpa lah satu restoran dekat dengan bus stand tanah rata. Tengok macam ramai orang. Kami pon singgahla. maybe sedap kalau dah ramai tu. Memang pon dah le sedap pastu dia charge sekali je iaitu RM 10.00 satu kepala + air minuman dan makan minumlah korang sampai muntah. Memang berbaloilah dengan aku yang perutnnya tengah lapar sangat-sangat mi. he he..
lepas je habis makan. Dah dok termenung. aku pandang muka encik suami, yang encik suami pandang muka orang lain..amboiii.. cubit kang baru tahu. ha ha. Sebenarnya dah putus idea nak kemana. Maklum ajelah dah kali kelima kami berdua kesini. Dulu-dulu waktu kawan macam takde tempat lain nak pegi asyik-asyik cameron. Bila dah kawin pon ke sini jugak. Aje gemor kata orang perak. kah kah. last-last dapat kata sepakat (cewah) kitaorang pergi la ke TAMAN LAVENDER. Tempat ni pon dah tiga kali dah kami masuk, tapi memandangkan ianya sesuai untuk aku yang suka sangat berposing jadi encik suami pun kata "ok" je la. Lagi satu tetiba pulak waktu ni hujan. Kawasan di Lavender ni ada bumbung, so memang sesuai sangatlah hala tuju kami ni kan. kah kah
okey, bagi yag tak pernah ke sini meh nak kasi info sikit. Tiket masuk ke sini adalah RM 6.00 bagi yang dewasa manakala kanak-kanak RM 4.00. Aku pulak macam ingat-ingat lupa sebab kalau tak silap aku tahun lepas aku masuk RM 5.00 je dewasa. Cepat sungguh naik harga nya yer. ermmm.. then, Apa pulak yang ada kat dalam ni kan? dah nama pun taman Lavender mestilah ada bunga Lavender, tak gitue. hi hi. tapi bukan itu je. Banyak lagi bunga-bunga yang lain dan memang sesuai untuk orang yang suka bergambar, dan kerana itu jugaklah aku terbeli "monopod". cis!! nafsu-nafsu.
Waktu ni kami tak tahu menahu lagi cara-cara nak guna monopod..so terhasil lah gambar yang berbayangkan batang monopod = )
uishhhhhh =)
Dah puas kami meronda dan gedik-gedik bergambar di Taman Lavender, kami bergerak pulak ke LadangTeh Cameron. Sebenarnya waktu ni cuaca tak menetu, kejap hujan kejap reda, so tak banyak tepat yang boleh kami lawat. Dekat ladang teh ni pon sekejap jer. Ingat nak naik lah jugak sampai kepuncak , tapi tak sempat sebab hujan dah datang balik. so, dapatlah bergambar kenangan sikit-sikit. Jadilah sebabnya kat sini pon dah berapa kali kami datang dulu. ha ha
Berhasil menyorok kan batang monopod dari terus kelihatan..ha ha.
Memandangkan dah hujan je, aku dengan encik suami amik keputusan untuk balik je. Sempat jugaklah singah makan. Sebelum terus balik umah kami jenguk sekejap rumah kami yang masih dalam pembinaan. InsyaAllah ada rezski tahun depan dapat masuk dah. amin..
byeeee..
0 Comments
Catat Ulasan
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!