Assalamuailaikum..
Anyway hari ni kat ofis aku kebanyakkan staf pergi kursus. So, tinggal jela kami-kami yang kononnya dah terlebih kursus ni..hu hu...but, pe pun best jugak..sunyi je ni hah..jadi bolehla aku menaip diary online aku yang dah lama terbiar ni..hi hi..
Wey, korang pernah tak masuk Muzium 3D. Ala yang dekat Pulau Pinang tu. Tapi kan..godek punya godek, bukan dekat pulau pinang je, dekat negeri lain pun ada jugak. Konsep sama je..dalam tu ada gambar bercirikan 3D. cumanya, setiap tempat mungkin kemeriahan gambar tu yang berbeza.
tu la..sebabkan teruja sangat nak mencuba beraksi di hadapan gambar 3D, aku dengan gigihnya aturkan satu hari tu amik cuti (bukan sbtu dan ahad, sebab takut penuh). Lastnya aku decide pergi hari Khamis. Dalam waktu raya lagi tuh. Aku dan suami, My maksu dan anaknya dan mak mertua, kami berlima pakat g sekali.
Sampai kat butterworth, suami pulak yang terkinja nak lalu ikut jambatan Pulau Pinang Kedua dan teruih pusing pulau ikut bayan lepas. Seronokla nak habaq, sebab sepanjang aku ke Pulau Pinang sebelum ni, belum pernah lagi aku pusing satu pulau tuh. Aku dah rasa macam naik bukit fraser plak. ha ha..last sekali destinasi sebelum jumpa batu feringgi, aku nampak macam dams (Empangan). punyalah luas. Ajak teruih suami bergambar kat situ..hi hi
Ini waktu kitaorang kat bukit apa nama nya entah..tapi bukan bukit Bendera yer. Bukit ni kitaorang start naik dari bayan lepas..makin lama makin tinggi pehtu makin sejuk macam cameron tuh. siap ada orang berniaga lagi kat tepi-tepi jalan raya . pastu nampak banyak kereta berhenti sini..kitaorang pun berhenti jugak. orang tangkap gambo kitaorang pon tangkap lah jugak.ha ha..
Tadi ber"empat" sekarang kita ber"dua".=)
lapar la pulak kan dah pusing-pusing tu. Maksu kata kita makan dulu. cari tempat Laksa pinang yang kaw- kaw punya rasa dia. pom pang pom pang punya idea semua orang last decide makan laksa kat tepi laut di Batu Feringgi. aku order laksa lebih bawang bersama dengan ais kacang. tapi kan.. sedih cakapla, tak berapa nak masuk dengan tekak aku.. Entahle maybe aku dah biasa dengan Laksa Kuala Kangsor jadinya bila aku compared kan dengan laksa kat sini aku rasa ada kureng sikit. itu aku..orang lain mungkin la rasa sedap kan..tekak kan lain-lain.ha ha
semua face nampak tekun di situ.aku???tekun menangkap gambo..
Dari situ takde kemana dah, truih je tuju Muzium 3D. Walaupun sesat jugak beberapa kali, tapi syukur, alhamdullilah sampai jugak ke situ dengan selamatnya.hihi..Sebenarnya, waktu aku dok search kat tenet info pasal Muzium 3D di Pulau Pinang aritu, aku tengok harga tiketnya RM 15.00 untuk yang dewasa dan RM 10.00 bagi warga emas. Tapi tempat yang kitaorang masuk ni RM 30.00 Dewasa. dan 25.00 warga emas. terkejut gak, Aku salah tengok ke pulak..takpela just aku wat nohing je la kan. tapi bila dah habis melawat, waktu kitaorang nak kuar dari muzium tu, nampak muzium 3D yang satu lagi kat sebelahnya. Laaaaaa..kira-kira kami ni salah muzium la ni.kah.kah. Sebenarnya banyak Muzium yang berkonsepkan 3D kat Pulau Pinang ni, cuma korang kena pandai pilih yang mana satu korang berkenan nak masuk. Macam aku nih dah tersalah pilih..jadinya Redho jelah. janji ianya tetap 3D jugak. hihi.
inilah rekreasi kami bila berada kat Muzium nih. semua gaya kena tepat pada sasarannya..jika tak, tak menjadi la aksi tuh.hu hu. penat tau nak beraksi camni.ha ha. tapi sebenarnya kat tempat korang nak bergambo tu dah ada tunjuk macam mana aksi yang korang kena buat. tapi kalau korang memangnya fotogenik ataupon mmg pandai bergaya depan kamera, takde masalah pon.
Dah penat melawat satu Muzium tu, kami cari makan tengah hari plak. Konon nak makan kat Restoran Line Clear. pusing-punya pusing hapa pon tak mandang. dok tanya-tanya orang pon sudah. tapi tetap tak jumpa..ate cemana tuh..akhirnya fedup mencari kitaorang makan kat Restoran mamak yang lain..nama tak ingat dah. Tengah dok makan tu saja la gatai mulut tanya kat mamak yang tengah dok mengira bil kami tu.
" mamak, itu Line Clear punya restoran mana hah. sudah sepuluh kali pusing pon tadak jumpa (10 kali tu auta jer).hi hi"
" laaaaa..akak cantik (tipu gak, dia tak mention pon cantik tu), ni tempat makan teruih je jalan kaki sikit depan tu sudah nampak."
dalam hati " cishhh..tadi punya la susah mencari la ni dah senang pulak, tapi makan dah ambik, camne tu, boleh pulang balik tak makanan ni. ha ha"
Ini namanya takdak rezki. takpela lain kali kalau berkesempatan..lepas je makan tengah hari kat situ, sempat juga lepak kat Padang Kota Lama makan aiskrim..dari situ amik feri teruih je balik. badan pon dah rasa penat sngat. sampai ipoh jam 9.00 malam.Antar mak mertua dulu kat Kuala Kangsar.
nampak sangat muka keletihan kat situ. walaupun bukan sehari suntuk tapi keadaan cuaca yang panas terik memang memenatkan..
lepas sudah hajat nak masuk Muzium 3D tu. Pengalaman kat situ ialah belajar "posing gedik terlampau"...ye la kan kalau tak gedik imej 3D tak berapa nak uuumphh la kan..ha ha..
okey. finish. byee..
0 Comments
Catat Ulasan
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!