Assalamualaikum
Hari ni hari kedua kita berpuasa..syukur padaNya kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk kita bernafas di muka bumi ini. aku selalu berdoa agar tahun-tahun yang seterusnya juga masih punya kesempatan merasa nikmatnya Ramadhan..amin..mudah2an..
Pagi tadi kt pejabat aku ni ada program ceramah bersama MAPIM. Aku ni boleh juga dikategorikan sebagai "pemalas" nak dengar ceramah..nanti tidoo..haha..tabiat yang aku tengah berusaha nak buang..tolong bagi sokongan moral yang padu okey!!!
"SAVE ROHINGYA"
Itu tema ceramah nya kali ini..mula-mula si penceramah buka mulut..aku dah menguap..maafkan aku, sungguh tak prihatin nya aku saat itu..tapi bila dah masuk suku ceramah, air mata aku dah mula mengalir..terasa berat dugaan yang terpaksa diorang tempuhi..setiap satu minit vedio yang dipertontonkan meruntun hati semua yang melihat. Terasa bertapa nikmatnya kehidupan kita di tanah air ini berbanding dengan mereka.
Siapa rohingya???
Rohingya adalah etnic yang beragama islam, kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma
(kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan
Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi,
Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti
Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di
sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para
pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.
Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang,
berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya
tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah
penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha
Arakanese.
Ada apa dengan mereka???
Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan
dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara
konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar. Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :
a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.
b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek
pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan
c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti
bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan
bangunan berek tentera.
d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran
e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan
f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar
g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942
apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.
h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah
dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan
untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di
kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.
Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi
pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan
diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka
Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan
besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan
harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi
dan agama.
Ada di kalangan mereka yang berjaya mendarat di Thailand, Malaysia,
Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah
ditolak mentah-mentah oleh kebanyakan negara ini.
Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah
dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut
enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju.
Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan
Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau
kebuluran di tengah laut.
Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa
mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan
bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.
jika bukan kita siapa lagi??
Bantulah selagi terdaya, sedara seagama. kita lebih bersyukur kerana masih bebas berpuasa, merayakan perayaan, solat, berjalan ke sana kemari tanpa ada rasa takut. bukan seperti mereka yang ditindas, dibunuh dengan kejam..subhanaAllah..
“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”
0 Comments
Catat Ulasan
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!