Pembuli, Penfitnah..Kesian sapa jadi mangsa ni..

Assalamuailaikum

Nak tanya pada korang-korang lah kan..pernah tak korang rasa diri korang di buli, diftinah atau pun di pulau oleh rakan-rakan lain..tak kisah le samaada peristiwa tu jadi time korang dah bekerja ker, atau waktu korang sekolah-sekolah dulu..tapi jika aku tanya "apa kata servey" secara rawak sekali pun 90% akan kata yer..yang 10% lagi mungkin yang jadi tukang pembuli tu..hahaha..actually dunia ni berputar yer..maybe sekarang korang jadi pembuli, penfitnah..akan datang korang jugak akan jadi mangsa kene buli dan mangsa kene fitnah.."hukum karma"..

apa motip lah kan aku dok story pasal kes buli membuli dan fitnah menfitnah ni..empunya blog ni kene buli ker, ataupun jadi manggsa fitnah ke..ulpppp =)??aku tak nak lah kata yang aku ni seorang wanita yang lemah lembut, sopan santun budi bahasa, mulut tak banyak bicara..kalau bicara pun cover-cover..cakap pun yang penting-penting je sebab takut terguris perasaan orang lain..nanti korang akan muntah hijau lah kan..silap-silap muntah darah terus..huh!!!tapi ini hakikatnya..aku tak suka sangat nak amik tahu hal orang lain..tak suka nak sembang buruk tentang orang itu dan orang ini..dan jauh sekali nak bersangka yang bukan-bukan..and the result memang memberangsangkan, aku menjadi mangsa tegar PEMBULI-PEMBULI dan mulut-mulut longkang besar yang dah lama tak cuci!!!

sebenarnya siapakah PEMBULI dan siapa pula penFITNAH ni..kalau waktu aku sekolah dulu-dulu lah kan..ada lah seorang member aku ni..dia ni kaki pengugut..see, kecik-kecik lagi dah tahu nak ugut-ugut orang..pe kes tu..ingat diri tu hebat sangat..sekali guru besar datang bawak pembaris panjang, terkucil jugak ko kan..ada pulak rasa takut dalam diri ko tu..ingat kan dah habis kene kebas dek sikap ego...last-last yang aku tahu dia kene buang sekolah sebab mencuri buku murid lain..urmmm kesian sangat kat ko..moga jadikan pengajaran lepas ni..

okey stop, aku bukan nak burukkan orang itu cuma nak ingat kan diri sendiri..takde faedah pun kalau kita amik kesempatan terhadap kelemahan orang lain..setiap orang ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri..ko tak tahu dan orang itu pun tak tahu..lebih baik kita majukan diri sendiri dengan perkara yang berfaedah..itu lagi Allah suka dari kita menJAHANAM kan orang lain yang akhirnya bakal menJAHANAMkan diri korang jugak..

Yang itu time aku sekolah, bila aku dah mula meningkat remaja, mula berkerjaya, waktu tu karektar dah berubah sikap dan sifat..sikap pembuli tu dah takde tapi timbul pulak sifat dengki-mendengki-tahap tak-boleh-blaaa-langsung..pe kessss..anak dato ke orang tu yang korang dok dengki-dengki sangat tu..tak pun retis ke dia..ataupun comel gilaaa sangat ke dia macam kartun Doraemon tu..uweikkk..pastu pulak, tak cukup dengan sifat dengki ada pulak yang nak menambahkan dosa yang tak berapa nak cukup tu dengan menfitnah..solute lah pada korang yang ada sikap macam ni..sebab korang sangatlah bermurah hati..suka menderma..dah tu bukan calang-calang besar dermanya..PAHALA tu..=)

so, pada orang -orang yang macam ni..korang mohon-mohonlah terasa ye dengan update kali ni..kalau tak banyak pun sikit jadilah..kumpul sikit-sikit jadi banyak jugakkan..bukan nya apa..kita hidup sekali je..takut-takutlah nanti tak sempat nak jumpa dengan orang yang korang dok buli, fitnah dan buruk sangka tu, pastu korang meraung-raung nak jumpa diorang nak minta maaf..abis tu camno..takkan nak bangun balik minta ampun bagai..mahu dengan tok-tok imam tu cabut lari tak cukup tanah..korang pun belum tentu lagi suci murni nyer..huhuhu..dari korang dok sibuk-sibuk hal orang lain..ada lebih baiknya korang memperbaiki diri sendiri..ada yang terkurang , terlebih ke..boleh la korang imbang-imbangkan..ini tak, dok skodeng hidup orang lain..kehidupan sendiri yang terumbang ambing..kan ke susah dah tu..silap-silap hari bulan orang yang korang dok intai tu hidup bahagia, korang pulak hidup melarat..subahanaAllah..

sebenarnya, aku pun tak suka nak bebel-bebel benda-benda yang membolehkan aku juga jadi cam kurang ajar ni..tapi tu lah..MELAYU MUDAH LUPA..cakap lah macam mana pun..sampai terjelir lidah berkata-kata pun..ibarat "masuk telinga kanan keluar telinga kiri"..LUMRAH!!!

kesimpulannya:-Tepuk dada tanya hati sendiri..kalau nak kurang kan pahala bagi pahala lebih kat orang lain silakan..sentiasa di alu-alukan..

##suamipembakarsemangat..tulangrusukkiriku..alhamdullilah##

Notakaki:Alhamdullilah,akukatsinisekarangbahagiasangat..dahtakjumpadahorangyangkakimenfitnahdan membulini..adahimahrupanyakenapaakkenetukarkesini=)

byee...

Catat Ulasan

0 Comments

Borang Maklumat Hubungan