Kami dah daftar perniagaan sendiri

Assalamuailaikum

Syukur Alhamdullilah..setelah sekian lama aku dengan suami berhajat sangat nak mempunyai perniagaan sendiri..akhirnya tercapai juga..kelmarin pada hari selasa dengan rasminya aku dengan encik suami ke SSM untuk mendaftarkan perniagaan kami..hehehe..

Kami berniaga secara kecil-kecilan sahaja..kami membekal perbagai jenis kerepek, kuih muih dan biskut tradisional, makanan sejuk beku, cenderamata untuk perkahwinan ataupun majlis -majlis lain, khidmat katering, tudung dan juga pakaian..Buat masa ni, kami belum lagi mempunyai kios atau gerai sendiri..sekadar berniaga dari rumah..InsyaAllah jika ada rezki nanti kami akan mohon untuk bantuan yang lain..


##ini kad sticker dan juga business kad simple-simple yang aku design sendiri..saja nak mencuba buat kad sendiri..biarlah sederhana asalkan aku puas hati..hehe..tapi korang juga di alu-alukan untuk komen jika ada idea yang lebih better..boleh aku improvedkan kepada kad ini..##

Akhir kata semoga usaha kami berjaya dan mendapat redho darinya..ye lah semua ni datang dari Dia..rezeki, ajal maut, jodoh dan sebagainya telah di tentukan dari azali lagi..semoga hasil titik peluh kami ini membuahkan rezeki yang halal dan di redhoi..amin..

Catat Ulasan

0 Comments

Borang Maklumat Hubungan