Melaka : Rombongan Pejabat


Assalamuailaikum..

Entry apa lak aku nak story hari ni yer..haha
owhhh..kalau ikutkan gambar dalam kemera fon aku nih
ada banyak gambar melaka..hihi
so mehla aku story tentang cuti-cuti melaka aku..=)


^_^


Melaka.....,hahahaa
Sebenarnya dah banyak kali juga aku pergi 
sebab..kawan baik aku pon ada seorang ni orang melaka
asal dia nak balik kampung je
aku dengan beberapa mmber lain la
yang jadi peneman setia..hu hu
best tau kat melaka nih..makan free..sedap lak tu..makan plak tepi laut
tido pon free...haha
(dah kamu duduk umah dia kan...pang kang sakit lak..kahkah)

So alkisahnya, time ni aku baru je lagi tuko jabatan ke sini (Pej. daerah dan Tanah Batu gajah)
then, tetiba lak..(rezki kut) dapat jemputan berhari keluarga ke Melaka
aku lak, maluzzz2 lagi..
ye la baru je masuk sini..tup2 terkinja2 pulak bila orang ajak ikut kan..haha
tak terus bagi jawapan
minta izin suami dulu, walaupun dia boleh ikut..
mana nak tahukan..kut2 la dia ada hal lain..hu hu
tapi dia okei je..so kira jadik la nih kan..=)

hari kejadian, kami bergerak malam
hari khamis....tiba dekat melaka dalam pukul 8.30 pagi macam tu lah
singgah banyak kali juga..
last hentian dekat r.n.r nilai (x silap aku lah)
sifat mamai tu ada lagi..
sempat buat solat subuh je..mandi pon tak..
sapu air ke muka je..ha ha
orang terlampau ramai sangat..tak berapa nak selesa bila nak mandi2 nih


Kincir Angin


Tempat pertama lawatan kami...
actually bila dah sampai ke sini
kami di berikan aktiviti bebas..lantak kome la nak ke mana pon
asalkan cukup time..korang mesti dah berada di dalam perut bas..
masa yang diorang kasi untuk jalan-jalan di sekitar pekan melaka adalah sehingga jam 12.30 tengah hari..
memang kes naya lah kalau ada makcik2 yang dah berumur sikit tuh
kekdahnyee..larat ke deme???
aku pon separuh masa je excitednye masuk itu ini..lepaih tu
dah ngadu nak cari bangku..ha ha..

Bergambar di depan Replika Kapal

Replika kapal....
sebenarnya nama betulnya Muzium samudera..
ada macam2 jenis pameran di dalamnya..
sory la tak dapat nak tunjuk gambar dalam isi perut kapal nih 
bateri fon dah agak limited time tuh...tmpat nak charge pun tak mandang..kah kah...
kita kasi tahu harga tiket pon ok le juga ye doppp
tiket masuk = RM 3.00 (tapi kena tunjukkan Ic korang le)
kalau warga asing  = RM 6.00
so memang wajib la kena bawa ic sekali..kalau takkk!!!!!
harga tak penting..tapi rupa muka korang tu jangan di charge bukan warga nagara sudah
sakittt...woooooo..ha ha


Di sebelah je muzium samudera nih, ada pula muzium lain..
nama tak ingt lah..ke sama je..ha ha
sebab nak masuk situ free je
guna je tiket yang korang masuk muzium samudera tadi
jimat kannn!!!!

so, Dari sini, 
Kami teruih ke Menara Taming sari..
Dekat je rupanyaaa..iolssss jalan kaki je ke situ..hakss..hakss


Menara Taming Sari...
Di buka dari jam 10.00 Pagi hingga 10 malam (Setiap hari)
Harga tiket :-
Dewasa = RM 5.00
Student = RM 8.00
(harga di atas digunapakai hanya untuk pemilik My kad sahaja)
Dewasa = RM 20.00
(Bukan warganegara)

Kanak-kanak = RM 10.00
(Umur di abwah 10 tahun)
Student = RM 16.00

Menara nih boleh memuatkan seramai 66 orang penumpang. Jangka masa ia bergerak dalam 7 minit. dengan paras ketinggian 100 meter.


selesai naik menara taming sari tuh
kami berdua dah rasa penat pulak..ha ha
dahaga jangan cakap lah..boleh pakej sekali dengan rasa lapar..
teruih je kami cari kedai makan..
dah makan minum semua bagai..tgk jam blum juga pukul 12.00
ha ha..ni bukan lapi puah berjalan..
tapi dah nak separuh mati berjalan..


so, tepat je pukul 12.30 semua dah berkumpul depan pintu bus..
masalahnya kitaorang tak leh nak berehat dalam bus
sebab bus parking di mana pon kitaorang tak tahu
tup2 12.30 je baru lah bus muncul dekat tmpt kami semua berkumpul tu.

................................................................................................... Dari Bandar Melaka nih,
kami di bawa je teruih ke tempat kami menginap
iaitu di A famosa Resort
Untuk Info...
Perjalanan dari Bandar Melaka ke A Famosa Resort 
memakan masa lebih kurang sejam (patah balik ikut highway)

Boleh jugak lah kalau nak try ikut jalan lama..hu hu


Depan pintu masuk A Famosa Resort..minta maap lah gambar tak berapa nak jelas sebab aku over zoom..maklumlah menggunakan telefon bimbit jenama Lenovo A369..berharga = RM320..he he

Sampai je di sini, 
teruih amik kunci bilik dan berehat sepuas-puasnya. 
penat semalamam tido dalam bus pun tak habis lagi. 
biar malam nanti waktu nak g dinner badan rasa fresh sikit.  
Sebabnya aku nak makan banyak-banyak tau. ha ha

Bilik Kami..Besar tak..duduk berdua jer..ni la baru dikatakan suasana honeymoon..hakss..haksss

Tahu dak kenapa aku beriya sangat capture dan..
tempek gambar bilik nih..walaupun gambo sekabur2 nya..haha..
sebabbbb...
aku sebenarnya mengantikan seorang hamba Allah
ni yang tak dapat nak pergi..
diorang ni kalau diikutkan pergi satu family (10 orang)
jadinyeee..ini lah bilik yang kami dapat
ada 3 bilik tido 2 bilik air
kami berdua je..apa nak buat dengan bilik sebesar nih..ha ha


Tempek sekeping lagik..hi hi


Sebabkan kawasan kat sini cantik sangat, 
so setiap sudut aku nak bergambo. 
pegang pokok pun boleh. janji pemandangan belakang nampak. 
ha ha. waktu ni, angin bertiup sangat kencang. macam ribut taufan plak.


ativiti makan malam di cafe Padang Golf..cuaca nyaman sangat2..hu hu

Continuee =)

Catat Ulasan

0 Comments

Borang Maklumat Hubungan