Assalamuailaikum..
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].
Dalam ayat di atas, Allah melarang umatnya mempercayai sesuatu berita atau pun cerita yang disampaikan kepada kita tanpa kita mengetahui kesasihan cerita yang sebenar..selidiklah dulu sebelum kita menilai ataupun menghukum seseorang itu kerana perbuatan menfitnah adalah besar dosanya dan lebih besar lagi dari perbuatan membunuh..SubhanaAllah..
Aku tertarik untuk berkongsi tentang topik bahayanya "FITNAH" ini kerana bukan diri kita sahaja malahan anda juga yang seringkali bercakap atau bercerita tentang sesuatu perkara yang akan menimbulkan rasa tidak senang hati bagi pihak yang terbabit..untuk itu marilah kita sama-sama menghayati topik ini agar kita semua tidak terbabas dalam berbicara sehingga mengakibatkan diri kita sendiri bergelumang dengan dosa menfitnah..
Aku tertarik untuk berkongsi tentang topik bahayanya "FITNAH" ini kerana bukan diri kita sahaja malahan anda juga yang seringkali bercakap atau bercerita tentang sesuatu perkara yang akan menimbulkan rasa tidak senang hati bagi pihak yang terbabit..untuk itu marilah kita sama-sama menghayati topik ini agar kita semua tidak terbabas dalam berbicara sehingga mengakibatkan diri kita sendiri bergelumang dengan dosa menfitnah..
"Fitnah' membawa pelbagai maksud...namun jika kita mempermudahkan maksud itu, fitnah adalah menyampaikan sesuatu perkara yang tidak pasti akan kesahsihan nya dan ianya disampaikan bagi mencapai maksud atau tujuan tertentu dengan niat untuk menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan layak dibandingkan dengan orang lain..acapkali terjadi bilamana rasa iri hati, dendam, cemburu dan rasa tidak puas hati bersarang didalam jiwa kita yang mengakibatkan timbulnya perbuatan menfitnah..contoh yang paling kerap terjadi bilamana seseorang itu mendapat jawatan atau pun pekerjaan yang datang kerana rezeki yang telah tiba waktunya dan dengan atas kehendakNya juga..tapi masih ada yang tidak berpuas hati mempersoalkan kenapa dan mengapa ia layak dapat dan kenapa aku pula masih tidak dapat..maka lahirlah perbuatan menfitnah agar perasaan iri hati dan cemburu tadi berkurangan bila mana menyampaikan berita yang tidak benar membuatkan orang yang mendapat pekerjaan tadi dipandang serong..pelik kan tapi inilah yang terjadi..semua perasaan negetif tadi diakhiri dengan fitnah..memang padanan yang serasi..
Namun, "fitnah" juga tidak semestinya di dahului dengan perasaan irihati, dendam dan sebagainya..ada juga yang saja suka-suka bercerita sesuatu perkara yang diri dia sendiri tak tahu sama ada ianya benar atau tidak tetapi sengaja memandai-mandai mentafsirkan kejadian itu sendiri..perbuatan mengadu-domba ini walaupun ianya bukan berunsur dari rasa tidak puas hati tetapi ianya akan mengakibatkan mangsa yang di fitnah nya tadi berasa marah dan dendam..tidak salah jika kita bertanya pada empunya diri sebelum kita bercakap yang buruk-buruk mengenai orang lain..Allah tidak pernah sesekali mengajar umatNya agar meletakkan hukuman dalam tangan kita sendiri..sedarlah bahawa diri kita juga tidak sempurna..mungkin kita juga menjadi bahan fitnah orang lain..satu jari kita tunding pada orang itu, 4 jari lagi menunding pada diri sendiri..
“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah”. – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menyebarkan kata-kata yang memalukan seorang Muslim dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat”. – (Hadis riwayat Ibn Abid Dunya dari Abu Zar).
"Setitis air mata yang mengalir di pipi, membantu mematikan api fitnah yang dinyalakan. Biarlah kena fitnah tetapi jangan jadi tukang fitnah. Kami mohon keampunanMu ya Allah."
Wallauhualam
::sekali lagi saya memohon maaf sekiranya topik ini menyinggung hati mana-mana pihak..saya menulis untuk peringgatan diri sendiri juga..tanpa kita sedar mungkin kita juga salah seorang dari yang suka menfitnah..semoga kita dijauhkan dari perbuatan ini, dan semoga sagala perbuatan mahupun percakapan kita dilindungi olehNya..biar tak banyak berbicara, asalkan tidak menyakiti hati orang lain..dari banyak berbicara tapi intinya kosong...
Akhir kata hayatilah Lirik lagu FIRASAT nyanyian to'ki yang membawa seribu maksud:-
Ku sangka laut rupanya sungai
Ahai luasnya
Tak nampak pulau di tengahnya
Ombak tak ada
Firasat nun jauh
Datang dekat baru jumpa
Melihat nun jauh hai
Baik datang lihat
Melihat orang dari jauh
Baik selidik dulu
Hai jangan cuba nak mengata
Orang tak berdosa
Bersangka buruk jangan sesekali
Mengumpat mengata atau hasad dengki
Hormati tak kira tua muda
Berbudi berpada-pada
Berbaik sesama insani
Tak kira keturunan
0 Comments
Catat Ulasan
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!