STAYCATION SANTAI DI HOTEL HATTEN MELAKA 🧳

 Assalamualaikum & hai korang!

Baru-baru ni aku sempat short getaway ke Melaka, dan aku pilih untuk stay kat Hatten Hotel Melaka. Sebab utama? Sebab hotel ni betul-betul tengah bandar — jalan kaki je dah sampai mana-mana!


🏨 First Impression


Masa sampai je depan hotel, memang nampak eksklusif dan gah. Masuk je lobby — luas, kemas & staff semua mesra. Proses check-in pun smooth, tak perlu tunggu lama.


🛌 Bilik Dia Macam Mana?

Aku booked bilik yang jenis Junior Suite - Non Smoking, memandangkan incik suami suka smoking so aku ambik bilik yang tak boleh merokok. haha 

BILIK DIA LUAS GILA!  

Ada ruang tamu mini, katil empuk, bilik air bersih & view bandar Melaka yang cantik especially waktu malam. Memang puas hMemang puas hati!


🍳 Breakfast Wajib Puji

Pagi esok tu, turun breakfast — pilihan makanan dia memang padu!  

Nasi lemak ada, omelette station ada, cereal, roti, kuih muih, teh tarik semua ada. Korang jangan risau, memang kenyang sampai tengah hari 😋


🏊‍♀️ Kolam & Kemudahan

Paling best, hotel ni ada kolam renang besar untuk dewasa & kanak-kanak. Siap boleh layan sunset dari atas. Nak rileks? Ada spa & gym jugak!


🚶‍♀️ Jalan Kaki Je Ke Mana-Mana

Hatten ni dekat sangat dengan:

- Dataran Pahlawan

- Mahkota Parade

- A Famosa

- Menara Taming Sari

- Jonker Street  

Memang syurga berjalan kaki!


💭 Overall?


Kalau korang tengah plan nak bercuti ke Melaka, aku rekemen sangat Hatten Hotel ni. Sesuai untuk family, couple, or solo trip. Nak selesa + senang nak ke mana-mana? Inilah dia tempatnya.

Next trip, maybe repeat lagi 😍

Jangan lupa komen kalau korang pernah stay sini jugak, okay? Bye! ✨

Catat Ulasan

0 Comments

Borang Maklumat Hubungan