BAYVIEW MELAKA THE BEST


Assalamualaikum & hai semua!  

Entri kali ni, aku nak kongsi pengalaman percutian singkat aku dan family ke Melaka dan menginap di Bayview Hotel Melaka. Kalau korang tengah plan nak short trip yang tenang, hotel ni memang boleh masuk dalam list korang


🏨 Check-In & Lokasi


Bayview Hotel ni terletak agak dekat dengan bandar Melaka tapi tak terlalu sibuk. Lokasinya sangat - sangat best sebab:

✔️ Dekat dengan tempat-tempat pelancongan  

✔️ Tak jauh dari Jonker Street  

✔️ Parking mudah dan selamat  

✔️ Pemandangan pon cantik


Check-in pun smooth, staf semua ramah & sangat-sangat membantu.


🛏️ Bilik Selesa, Cukup Lengkap




Aku stay di bilik Superior Room. Melangkah masuk ke bilik ni aku rasa tenang sangat sebab biliknya luas dengan katil bersaiz king yang sangat-sangatlah besar. Muat dalam 4 orang ye ha ha. Bantal pon ada 4 biji + 2 biji lagi extra dalam almari. Ada juga sofa yang korang boleh duduk santai - santai sambil healing minum kopi.  Bilik air pon agak luas.




Pemandangan dari bilik aku ni sangat best dan agak cantik pada waktu malam.  Boleh nampak sebahagian bandar Melaka yang berlampu dan juga sungai melaka. 


🍽️ Sarapan & Makan


Buffet breakfast dekat hotel ni sederhana tapi cukup memuaskan. Ada nasi lemak, roti, cereal, buah, kopi & teh. Kalau jenis tak cerewet, memang kenyang sampai tengah hari! kalau nak lagi healing korang boleh pilih untuk makan tepi kolam macam nih. he he


🏊‍♀️ Kemudahan Lain


Hotel ni ada kolam renang, gym & sauna. Tak crowded sangat, jadi best kalau nak bersantai sambil anak-anak mandi kolam.



🛍️ Aktiviti Sekitar malam dan siang


 Makan asam pedas claypot.  


 Naik river Cruise. 


Bergambar di A Famosa


💬 Kesimpulan


Bayview Hotel Melaka sesuai sangat untuk korang yang nak:

✅ Penginapan tenang  

✅ Lokasi dekat dengan bandar tapi tak bising  

✅ Harga berpatutan  

✅ Kemudahan lengkap


Untuk trip solo, family atau couple pun memang berbaloi. Mungkin next time aku akan repeat lagi , in syaa Allah😍


P/S: Kalau korang nak tahu cara tempah hotel murah guna cashback apps, nanti aku akan share tip! 😉




Catat Ulasan

0 Comments

Borang Maklumat Hubungan