JALAN-JALAN PEETING ZOO

 Assalamuailaikum

Apa khabar rakan-rakan maya. Musim cuti sekolah, mesti ramai yang p cuti - cuti malaysia. Aku?? cuti gak, tapi cuti-cuti dekat rumah je. ha ha.

Kesian juga dekat my little princess yang dok hari-hari berhajat nak jalan - jalan, nak tido hotel. Tapi sebenarnya aku dengan incik suami ada plan lain.  In syaa Allah, hujung tahun depan, nak bawa my bb princess ke Pulau Langkawi. 

So, sementara waktu kami had kan dulu pengeluaran wang yang melampau. ha ha. Hope my bb princess faham.

Tapi, untuk tidak meng spoil kan hari cuti sekolah dia, kami bawa la juga dia pegi me uplawat zoo. hi hi

PEETING ZOO, GUNUNG LANG


Peeting zoo (Mini Zoo) ni dekat je dengan my home town. ha ha. Cumanya kami je tak pernah mai sini walaupun hari - hari dok lalu lalang area ni. 


Tiket masuk sini murah ja. Harga rahmah. hihi. RM 8.00 per / person ( warganegara) dan free bagi kanan- kanak bawah 2 tahun. Dibuka seawal 9.00am - 6.00pm.


Ada kambing biri² besar tau dak. Bising sungguh mulutnya. Tak henti -henti dok berbunyi. Rupanya lapar nak makan. haha


Ada arnab comei lari² bebas tau dak sana ke mari. Boleh pegang, bagi makan, belai-belai. bestttt.


Hamster. Comeynya.. rasa nak picit-picit


dan yang penting ada gak port OOTD. ha ha


ha ha. ampa berani pegang cm ni dak. Tau dah perasaan mulai kecamuk tu kan. 




ishkk, awat ampa comey sangat. =)


Lembu ni garang betoi. bunyi mooo dia tu habis satu mini zoo tu blh dengar. ha ha


Kambing ni berbudi bahasa sungguh. Habis semua tamu dia sapa. ha ha


Miaw-miaw pon ada tau. Macam-macam spesis ada. kucing kampung halaman ado, kucing obersea pon ado. hu hu


hat ni tak tau namanya. Lupa nk tengok papan tanda. ha ha. Apa pun ko comel.

Anyway, banyak lagi haiwan- haiwan yang ada dekat sini. Berbaloi la korang masuk dngn harga sebanyak tu. Sesekali kita bersedekah untuk kelangsungan hidup haiwan- haiwan dekat dalam ni apa salahnya..Tak gitueee

okey. byee. wassalam.

Jangan lupa datang sini ye kalau mai Ipoh. Peacee...he he
 


Catat Ulasan

0 Comments

Borang Maklumat Hubungan