HARI RAYA DI CAMERON HIGHLAND

Assalamuailaikum

Raya ke tiga that day, kitaorang anak beranak jalan² ke Cameron Highland.  So macam biasalah, mesti ada orang akan tegur mcm ni. "Korang ke Cameron Highland time² mcm ni confirm jem gila. Eh, aku tak boleh la. confirm aku stress" So aku dah prepare dan planning awal² mcm mna nk elak dari terjebak dan bosan menunggu di dalam jem yang panjang.

Tips aku senang je. First kena set dalam minda kita nk jalan² nak happy dan takmau stress². So kalau tersangkut dalam jem ko  layan je sambil dengar lagu. ha ha ha

Actually, nk elak dari jem yang teruk ko kena gerak awai pagi.  Sampai dekat atas tu arroud 8.00am lagi bagus. Takpe klau banyak kedai atau tempat yang tak open lagi. Korang pusing² je dulu dkt situ ambil angin segar. Macam kitaorang, biasanya dr bawah terus naik sampai ke tanah rata. Dekat area situ bnyk kedai² makan. Nak sarapan pagi, tgh hari merata ada. Dan, dari Tanah Rata baru lah kitaorg menurun semula. So klau time tu dh jem pon tkpe. Sebab dah arah nak balik. 

Waktu tu la baru ko singgah mana² tempat yang nk singgah. 😂😂 Faham ke atau agak kurang faham. It's ok ini cara aku untuk elak dari stress bercuti di Cameron Highland. so, jom ikut aku jalan- jalan Cameron Highland wkktu raya. ha ha.

AVANT CHOCOLATE AVENEU

 
Aku suka singgah sini, tiap kali ke Cameron Highland.  Kalau korang naik dari Simpang Pulai, ini adalah destinasi pertama wajib singgah. Dekat sini  ada bnyk ice cream warna warni dan pelbagai rupa. Aku suka tengok. Tenang je. ha ha. Nk makan pon rasa sayang. Cantik gila dekonya. Untuk masuk ke sini tiada dikenakan sebarang bayaran. Cuma kalau korang nak masuk Mini Petting Zoo dan Kebun Strawberri sahaja yang akan dikenakan bayaran.  Dalam ni juga ada cafe blh lepak² sambil minum kopi dan manisan. 

CAMAERON CENTRUM


Ramai yang suka ke sini untuk bergambar OOTD ala- ala di Eropah. hi hi. Selain dari port bergambar, kalau nak lepak, ada juga Starbuck, Zuss Coffee, Marrybrown, Pizza Hut. Nak shopping keperluan harian, ada Billion Mall dekat tingkat bawah Centrum.

Nasihat aku, kalau nak bergambar cantik datang waktu malam. Sebab banyak lampu - lampu dekat sini. Selain ber OOTD dan tempat lepak ada juga gerai² menjual barangan cenderemata. 

LADANG TEH (CAMERON VALLEY)


Harus mencuba dulu before balik. hi hi. Dekat sini jga korang boleh naik buaian gantung viral.  Harga yang dikenakan adalah RM 10.00. Tapi untuk ke sana, korang perlu menaiki 4x4 ataupun jip.  Korang boleh sewa.  Aku dah penah cuba dulu (Boleh lihat sini). Sumpah best, walaupun gayat. ha ha


Harga menu di sii pon tidak lah mahal. Sambil-sambil menghirup udara segar korang hirup secawan teh atau kopi.  


Layan kek sambil lihat daun teh menghijau. Mabelesss.

Byeee...

Catat Ulasan

0 Comments

Borang Maklumat Hubungan