MUZIUM PINANG INTERACTIVE 3D

Assalamuailaikum korang..

Actually, bercuti ke sesuatu tempat bersama dengan anak-anak memang menyeronokkan.  Lagi best kalau anak-anak juga turut teruja.  So, that day, aku dengan incik hubby bawa anak kami jalan-jalan ke Pulau Pinang.  Memandangkan anak kami masih kecil lagi, kami bercadang untuk membawa dia ke tempat yang sejuk dan selesa.  Dengan menggunakan khidmat google, terjumpa lah satu muzium 3D. 

LOKASI TEMPAT :

Made in Penang Interactive Museum, 3, Pengkalan Weld, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang, Malaysia


HARGA TIKET DAN WAKTU OPERASI :

Sila bawa MyKad & MyKid masing-masing ketika ingin membeli tiket bagi mendapatkan harga promosi.  Berikut merupakan bayaran harga tiket masuk ke Made In Pinang Interactive Museum yang boleh korang beli di kaunter tiket di bahagian pintu masuk.

Dewasa:
Warganegara :  RM 15 (My Kad)
Bukan Warganegara : RM 25 (No My Kad)

Kanak-Kanak:
Warganegara :  RM 10 (My Kid)
Bukan Warganegara : RM 15 (No My Kid)

Dibuka pada setiap hari. Namun jika korang datang pada waktu cuti sekolah ianya amat sesak. Boleh cuba datang pada waktu hari biasa.

APA YANG MENARIK DI SINI.

1.  Meneroka 5 zon yang berbeza -  Great Wall of Penang, Miniature Local Trades, Miniature Weld Quay, Trick Art Gallery dan Interactive Theater
2. Terdapat pelbagai mural 3D yang dilukis oleh artis tempatan Pulau Pinang.
3. Ambil la sebanyak mana gambar bersama-sama dengan Lukisan 3D (Tanpa Had).
4. Boleh mengayakan pelbagai aksi tanpa rasa segan dan cuak apabila orang pandang - sebab semua orang akan membuat aksi mengikut kesesuaian gambar = ). ha ha

Best ke tidak?? hi hi. Apa yang penting dan harus di bawa adalah KAMERA. Jangan risau kalau kita tak tahu nak posing macam mana. Merata-merata tempat di ceruk Muzium ni akan ada staf yang akan membantu. Ohsem kannn.

KOLEKSI GAMBAR
Zone ke - 2
Setiap sudut penuh dengan pelbagai gambar-gambar menarik 3D.  Please believe yang tak akan ada satu pon gambar di sini yang korang akan skip untuk bergambar. hi hi.



Kannn.. anak aku memang betul-betul teruja dekat sini.Happy sungguh dia. 



last foto..akcely banyak lagi gambar yang dah di capture. Setiap zone ada. Tapi cukuplah memaparkan aksi-aksi yang sopan dan ayu sahaja. 

Last word, jangan lepaskan peluang untuk melawat dan teroka muzium ni.  Semoga lawatan anda ke sini akan menjadi satu memori indah anda bersama keluarga atau kawan-kawan.

wasalam..


Catat Ulasan

2 Comments

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Borang Maklumat Hubungan