Cuti Singapore

Assalamuilaikum

Kisah aku ke Singapore nih dah brtahun-tahun berlalu..tapi baru laaaa ni dapat review..ha ha..

Dah lama sebenarnya dok idam2 nak masuk USS nih..
Tapi terpaksa simpan hajat sebabnya ada duit lebih masa tuh
haku nak buat persediaan nak kahwin..
lama kan kisah nih..i baru je berstatus tunangan orang..hakss..haksss..

Tapikan..entah macam mana

nak di jadikan rezki
mak sedara aku offer ikut dia ke sana
deme pergi bersama kawan2..
tapi maksu aku bawa 2 orang anak dia..
yang sorang lagi kena tinggal sebab nak exam..hu hu

seingat aku, time ni bayar separuh je

yang separuh lagi tu, anggap rezkiiiiiii laaa
ha ha ha

kami pergi jumaat pagi..naik bus sri maju

dapat pakej penuh = tempat penginapan + dengan tiket masuk USS
jangan di tanya macam mana aku dapat pakej semua nih
sebab aku follow jer yer..hu hu



Boring...makan..tido..makan..tido.. Perjalanan dari ipoh ke Bandar Larkin, Johor ambil masa lebih kurang 6 - 7 jam cegitu..


Kami tiba di Bandar Larkin waktu dah masuk Mahgrib pon..Alkisahnya terlalu banyak sangat pick stop..ha ha..lepas tu pulak bus yang kami naik tuh, bawa kami teruih je ke bus station larkin..dari sana kami terpaksa pula naik van ( dah disewa siap2) untuk ke hotel.  di sini kami semua menginap di New York Hotel..Nama hotel fulamak gempakk gitueee..hi hi





Tempat kami nak beradu sebelum memulakan aktiviti seterusnya esok..hihihi




Gambo kabur..alhamklumlah time nih zaman2 tak tahu apa itu iphone, samsung bagai..aku pakai kamera digital biasa2 je..ha ha

Review untuk hotel nih: -biliknye boleh tahan..besar juga..sarapan pagi pon sodap..kalau malam2 tuh rasa lapar..di sekitarnya banyak gerai2 makan..macam kes kami lepas je check in (rasa rugi bebenor, kejap je duk sini..esok pepagi dah nk gerak singapore.hu hu) sempat tuko baju je, truih p ronda2 jalan2 cari makan..ha ha



Jom makan..lapooo..ha ha

Program bermula pada esok harinya...lepas je sarapan..kami sebenarnya dah kena check out..sebabnya lawatan kami ke singapore hanya pada hari sabtu tu je..memang masa agak terhad..


 Sedap nasi lemak nih..opsss..lupa lak i memang peminat setia nasi lemak..sdap ke idak belakang kira..haha







Sememangnya satu pengalaman yang agak memeritkan terjadi pada waktu dan ketika ini..ha ha
Semuanya bermula..
bila mana kami semua terpaksa menghangkut segala
jenis atuk nenek oyang beg, iaitu dari sekecil2 beg sandang..sampailah sebesar2 beg pakaian..turun naik pejabat kastam gara2 nak check dan cop pasport..
so memandangkan kami dah check out awal dari hotel
beg pakaian smua kami terpaksa bawa masuk singapore..
nak tak nak terpksa lah tangung azab turun naik kan smua barang / beg pakaian untuk di scan..

jadinya..ini tips untuk korang..kalau kata nak stay di johor..pastikan korang spend stay sehari lagi..jangan jadi macam kami..konon dari singapore nak truih balik je..

azabbbnyeee kome tanggung la yeee...=)

Inilah dia yang dinamakan Tambak Johor..muahahaha


Bersih sangat-sangat tau sekitar bandar singapore nih.


Teringin gak nak jalan2 dekat kota raya singapore..tapi kami semua kesuntukkan masa..takpe..maybe next time..



 yeayyy!!! dah sampai..bus parking di bawah..lot parking dia memang luas sangat2..


Tak sabar2 dah rasanya..ha ha



Universal Studios Singapore (USS) 
Taman Rekreasi yang terletak di Resort World Sentosa Pulau Sentosa
Luas USS ni lebih kurang 20 hektar
ada lebih kurang 24 tempat permainan
dengan 7 zone berbeza tema


tak nyempat nak bergambar gedikzzz2..hihi




Kita pusing puas2 dulu di luar USS ni sebelum kita masuk ke dalam yer..actually dekat luar ni pon dah ada macam-macam tempat menarik untuk korang abadikan kenangan.

Hasil carian imej untuk pintu masuk uss singapore

Finally, tiba juga di pintu masuk USS!!!
kalau boleh kan semua tempat i nak pose..tapi terpaksa sedar diri i bukan lah seorang yang fotogenik..so mna yang nmpk cam comei tu simpan..mna yang hampeh, delete..ha ha (ate comei ke tu..haha)


pose lagik..dan lagik..


ate..kita round2 je la dulu ye..udah stress tak tau nak masuk dan try mainan yang mana dulu..
Yes!! akhirnya dah jumpa yang berkenan di hati..kita cuba mainan ni dulu tau "Transfomers the Ride"..deme kata best..ye ke idak..moh cuba..


Nak main semua permainan dekat sini, korang memerlukan kesabaran yang agak tinggi.  Antara salah satu faktornya, kemungkinan jangka masa korang kena beratur tu akan melebihi 1 jam dan ke atasss.ha ha..ko rasaaaaa..tinggi ke idak tinggi korang punya sabar  


atee...kita senyum je la yer..menunggu dengan penuh rasa ketabahan..ha ha

Sedikit penerangan tentang 
Transformers The Ride
Antara fiksyen dan juga realiti
Menggunakan simulasi penerbangan dengan funtion media HD 3D
perjalanan yang akan menciptakan pengalaman yang sukar untuk dilupakan
adaptasi dari filem yang popular
pegembaraan transformers yang menjerat korang di tengah2 medan perang (ini yang aku google)


ini base pengalaman sendiri :- Dekat dalam tu nanti korang akan naik satu kereta, muat dalam 10 orang kut, aku dah lupa..tapi sebelum tu kena pakai cermin mata 3D dulu.  Jangan risau tak yah beli..diorang ada sediakan nnti..



so bila dah naik kereta tu..korang akan rasalah kereta tu bergerak..korang tkkn nmpk apa apapun, dalam tu gelap gilaaa..lagi- lagi yang rabun mcm aku nih..haha..lagi tk nampak apa..apa yang korang nampak adalah visual dari cermin mata 3D tu.  mainan ni sama je macam korang naik mainan 3D tu..(sapa yang penah naik laa)..bezanya hat yang ni ganas sikit..semburan dia pon agak ganas juga..dan paling penting part last tu mmg tk leh lupa..alahhhh..susah nak cerita..nanti bila korang datang sini..pastikan hat ni tempat pertama korang ok..confirm puas hati, walaupun kena beratur macam train keretapi..kah kahhh



Revenge of the Mummy

Next place kitaorang terjah..kalau tak silap, nama tempat nih Egypt pa ntah..lupaaa..nama permainan nya pulak Revenge of the Mummy..permainan berbentuk roller coaster..tapi aku tak leh nak story lanjut sebabnya separuh kitaorang beratur..tup2 ada masalah teknikal pulakzzz..hampehhh..ha ha

Macam yang dah di explain kan awal-awal tadi, dekat sini..takde satu permainan pon yang korang boleh tup2 dh de depan barisan..semuanya kena baratur panjangssssss..nampak tak consonun 's' tu bnyk..so maknanyaaa..hu hu



sooo..ini mainan ketiga kitaorang, tak plan pon nak naik..sebab diri ini seorang yang pengayat gila-gilaaa..tapi akibat satu beating semuanya berubah..ha haaaa..dan seperti mana yang aku jangka kan..jiwa aku tak sekental mana..turun je dari roller coaster ni..kaki aku macam tak berada di tanah..owhhhh..aku menyesal...sobb..sobsss...


akcely, Roller Coaster ni ada dua track tau
satu merah..satu biru
tapi aku dah lupa plak aku naik yang mana satu..
kalau tak salah aku, yang aku naik tu dia pnya train ada 4 setters..
aku confirm la duduk yang tengah..jiwaa tak kental katakan..hi hi
yang track satu lagi tu pulak setters dia jenis kaki tergantung
conpirm aku orang awal tarik diriii..haksss..


sempat bergambar selepas dah tenangkan diri..hihi



Amik time bergambar pulak..



 Botol air yang aku pegang tu..harganya dua kali ganda dari harga dekat malaysia..hu hu




lantaklah pose apa pun..ha ha

 Mainan ke empat kami..hak hak

Jurasic park!!!



Nak main mainan nih, kena pakai baju hujan..boleh je sewa..harga korang servey la nnti yer
kalau aku bagi tahu pon maybe dah tak sama 
ini kan kisah memori lalu..hu hu
baju hujan ni WAJIB pakai okei!!!

Di Jurassic Park, korang akan rasa macam berada di jurassic world yang sebenar..seriusss..hihi..harus cuba okei..







dah selesai jelajah jurassic world, kita sambung pose semula..ha ha

berfoto kenangan di depan istana shrek.."far far away"..sapa suka tengok kartun nih..hu hu

 Tengok persembahan....




 k. dah sampai di penghujung jalan..ha ha..






Tak banyak tempat pon yang aku explore kat dalam nih
salah satunya sebab masa..
untuk sehari korang nak jelajah satu USS memang tak puas
lagipun time kami sampai tu pon hari dah nak masuk tengah hari..
tapi nak buat cemano..hu hu

sebab kedua..

orang terlampau ramai sampaikan nk try satu2 mainan tu pon dekat berejam2
nak cari tmpt yang tkde orang tu memang tak mandang laaa

sebab ketiga

cuaca...panas..bila dah terlampau ramai kita akan jadi penat dan dahaga
so banyak duduk2, rehat, minum2, dari nak jalan2..




dekat sini..kita akan jadi berkira nak beli cendermata..ha ha
mahai siutttt..
nak beli untuk diri sendiri pon dok mencongak
last2nye aku beli "cawan" je la..
hu hu

InsyaAllah next time 

ada rezki lebih..kita g lagi..
maybe akan spend more time sikit dekat sini
tapi apa pun..aku suggest..pada sesiapa yang nak ke singapore
beter la stay dekat johor..untuk lebih penjimatan..muahaaaa..

k byeeee...


Catat Ulasan

0 Comments

Borang Maklumat Hubungan