Tips : Pemilihan pelamin yang sesuai bagi raja sehari

salam semua readers..

Pagi ni, entah kenapa tetiba lah pulak aku nak post entry pasal PELAMIN..haha..asal lak pelamin..benda lain takde ke nak post..ye dak..saja sebab saya tengok pelamin pada tahun ni nampak canti sangat..sweet dan memukau sambil menyebut perkataan "wow"..hehe..


ini PELAMIN kawin aku..simple je kan..tapi walaupun simple..aku suka tengok sebab ia memang mengikut citarasa aku pada hari berbahagia..thanks pada butik SWEET MEMORY..sesiapa berminat boleh private mesej saya yer..harga InsyaAllah boleh dirunding..hehe..

Terasa amat teruja dan seronok sangat kan, bila apa yang dikehendaki dan diidamkan semasa di hari berbahagia kita menjadi kenyataan..setiap pasangan pengantin mesti punyai keinginan yang macam tu..betul ke tidak hehe..jadinya sedikit tips pada mereka yang bakal melalui hari berbahagia..pertamanya, Warna pelamin tidak sedondon dengan baju pengantin..harus yer..wajib!!!..sebabnya???ini kerana setiap pemilihan warna yang kontra dengan pakaian pengantin akan menyerlahkan keserian anda apabila anda duduk bersanding nanti..kalau anda was-was pendapat saya ni..anda boleh rujuk pada yang pakar terutamanya tuan empunya butik..tapi terpulang pada citarasa masing-masing.

gambar : sumber Google

jelas, boleh lihat tak bezanya..kelihatan nampak sweet sangat dengan busana pengantin bewarna hijau dan pelamin nya pula berwarna pastel, bunga-bunga campuran putih, pink, ungu dan putih..

Keduanya..pelamin beserta ruang letak, selalunya mata kita sering tertipu dan menipu..haha..bila pergi butik je, nampak wah gah nye pelamin tu..besar, banyak bunga-bunga sana sini..cantik da boomm la..aku rasa cam nak amik pelamin tu..tanpa berfikir panjang terus je booked .tapi bila balik je rumah tengok ruang kat dalam rumah, terus je tepuk dahi..alamak!!..sempitnya ruang rumah aku..mana muat nak letak pelamin sebesar tu..penyudahnya.pelamin yang sebesar gunung kinabalu tinggal anak-anak gunung je..yang lain semua kena buang..takkan nak perbesorkan rumah pulak semata-mata nak letak pelaminkan..hihihii..so aku suggest sebelum korang menempah pelamin betterlah ukur dulu keluasannya baru lah buat pemilihan yang sesuai..tapi tidak menjadi masalah jika pelamin dibuat di luar rumah atau pun didewan..pemilihan pelamin yang besar memang tidak menjadi satu masalah..kesimpulannya anda harus bijak dalam setiap pemilihan yang nak dibuat..

Ketiga, Tema selalunya kalau pelamin tu di dalam rumah..tema nya terhad..kebiasaanya tema dibuat mengikut warna..tetapi jika dibuat di Hotel, dewan, mahupun di luar kawasan rumah, tema akan mengikut pada suasana taman, klasik, rimba dan sebagainya..biasalah bila kawasan luas bermacam-macam tema dalam kepala..tapi ikut budget juga..jika rasa tidak mengcukupi cukuplah pada hiasan biasa tapi nampak mewah..macam aku cakap tadi penelitian, perbincangan dan pemilihan mesti dibuat dengan perancangan yang berhati-hati agar tidak membazir.. 



ke empat, Hiasan, Hiasan Bunga Segar dan juga Cahaya ketiga-tiga elemen ni memainkan peranan yang amat penting..setiap satunya ada fungsi tersendiri..bagi hiasan bunga pahar, jangan terlalu sarat sangat..selain dari nampak berselerat ianya turut menyukarkan pergerakan pengantin untuk ke tempat duduk pengantin..untuk hiasan bunga segar jika ada budget lebih tak mengapa untuk memperbanyakkan hiasanya..selain memberi haruman segar..ianya turut menampakkan bertapa exclusifnya pelamin anda..hehe..untuk cahaya lampu pula..biar lebih banyakkan cahaya tak mengapa..ini dapat memudahkan fotographer menangkap gambar..lagi-lagi suasana didalam dewan..yang memerlukan banyak pencahayaan..lampu juga haruslah bersesuaian dengan pelamin..apa-apapun InsyaAllah jika anda mampu berunding dengan baik bersama empunya butik semuanya akan berjalan lancar..

Akhir kata semoga anda yang bakal menjadi raja sehari akan sentiasa terkenangkan saat-saat bahagia anda ini hingga ke akhir hayat..


Catat Ulasan

0 Comments

Borang Maklumat Hubungan