Tips: Bibir Pecah

Assalamuailaikum



Panas pulak rasa malam ni..pasang kipas pun still aku tak rasa apa-apa..ermm alamatnya kena bukak pintu luar lah ni kasi angin sepoi-sepoi kat luar masuk bilik..lagi nyaman rasanya..hehe..malam ni ingatkan aku nak buat freebies lagi, then kasi percuma kaw-kaw kat korang..tapi memandangkan cuaca agak panas sikit malam ni..mood nak buat freebies pun bantut..so, untuk tak kecewakan korang apakata kalau aku gantikan dengan sedikit tips bagi korang-korang yang ada masalah dengan  bibir pecah..actually aku pun sama..tapi alhamdullilah lepas amalkan beberapa tips ni nampaknya keadaan bibir aku semakin pulih..jadinya..let's start dengan tips yang pertama:-

1.  Sapukan pelembab yang mengandungi 'Petroleum jelly' setiap beberapa jam sekali pada waktu siang..selalunya lepas je pakai kita akan rasa bibir kita lembab je..best.

2.  Sebelum tido, sapukan 'Lip Balm'. Tapi yang tips no 2 ni aku tak berapa suka sangat..actually malas sebenarnya..nak tido kan..rasa cam tak best pulak pakai apa-apa kat bibir ni..

3.  Jangan terlalu kerap menjilat bibir sebab bila korang jilat bibir air liur tu akan menyebabkan bibir menjadi lebih kering..

4.  Minumlah air putih sebanyak yang mungkin..khasiat air putih ni banyak, bukan setakat untuk elak kulit bibir kering je..tapi untuk elak panas badan, badan rasa tak bermaya dan sebagainya

InsyaAllah mari kita sama-sama amalkan..mudah-mudahan bibir kita bertambah-tambah merah bak delima dan gebu bak kapas..hahahaha..

byeeee...

Catat Ulasan

0 Comments

Borang Maklumat Hubungan