Hari Bertambahnya Umur


 Bismillahirahmanirahim

Alhamdullilah, pada 12.06.2022 bertambah lagi usia suami ku. hihi. Berkesempatan menyambut hari kelahiran nya di puncak Cameron Highland. Walaupun tiada salji, tapi ada air hujan yang mencurah-curah menitis tanpa henti sampai kami balik. ha ha.

Hadiah dari saya kepada suami tidak le semahal mana,  hanyalah sebotol minyak wangi travel yang kecik tu je. huhu..tapi Insyaa Allah doa ku kepada si suami lebih berharga dan bernilai.  Doa untuk suami terlalu panjang di dalam hati. haha..tapi cukuplah saya tuliskan di sini, semoga diberikan suamiku kemudahan rezeki, dipermudahkan urusannya, dan diberikan kesihatan serta umur yang diberkati..aamiin.


Walaupun hadiah itu nampak kecil, tapi ianya sangat bermakna tau. Malam-malam isterimu menghias hadiah kecil itu sampai ter gam jari jemari sendiri. ha ha


Terima kasih pada kakak ipar yang belanja kami makan dekat sini. Walau nampak simple je menu tapi berbaloi dan sedap.


Teringin nak minum kopi dalam cawan kecik kemudian ada ukir bunga-bunga tu katanya, so kita kasi satu ye..ha ha


Bersama kakar ipar dan mak mertua. Before kami makan-makan dekat sini, kami dah berkelah dulu dekat ipoh..siap kopak durian lagi..ha haaa


Avant Choclate Avaneu
F609, Jalan, Kampung Raja, 39010 Simpang Pulai, Pahang
Di sini bukan setakat santai-santai untuk minum dan makan je, tapi boleh juga ber OOTD like me.kah kah


Tergoda tak??ha ha
Semua makanan dan minuman berserta aiskirm ni harga dia RM 65.00
(Exclude hat yang berbunga coklat tu ye. itu hadiah si isteri kepada suaminya..haha see, coklat tu pon dah tercabut. ha ha

becoz line tenet dah macam siput sekarang ni, saya share takat ni dulu la eh..ha ha..next time saya continue story tentang tempat best mana yang kami sempat terjah before iols semua terperangkap di dalam hujan dan juga kesesakan jalan raya yang teruksss..hingga menyebabkan satu kejadian yang mampu menaikkan bulu roma..

bukan citer hantu, tapi cerita kelakar.. ha haaaa..

sabar ok..byeee...

Catat Ulasan

0 Comments

Borang Maklumat Hubungan