Assalamuailaikum
Siapa yang tak kenal dengan "Fatin Liyana". Beliau bukan sahaja glamor di dunia blog malah di dunia realiti juga. Mungkin ada yang tertanya2 kenapa dah berabad nya wujud dunia blog "fatin liyana" baru sekarang aku nak review..ha ha..
Sory dik fatin..akak mencuri gambar tanpa ke izinan..tapi InsyaAllah bukan curi untuk tujuan yang tidak elok..he he |
SEBAB-SEBAB ASASNYA
1. Aku ni diantara kategori penulis blog yang bermusim..kejap ada..kejap tiada..macam iklan coklat chipsmore tuh..aku jujur mengatakan bahawa karangan aku di zaman persekolahan dahulu berada di tahap yang amat membimbangkan hati ibu dan bapa ku..hak hak..kekadang tuh aku sendiri tak berapa nak faham dengan apa yang aku karang..muahaaaa..sadisss tak!!!..atas alasan itu lah aku jarang ber blog walaupun ada masanya keinginan untuk bercerita terasa meluap2 di dalam jiwaaa..
2. Sikap malas berfikir salah satu faktor yang paling-paling aku benci yang ada dalam diri aku nih..kadang-kadang aku dah mengarang separuh jalan..tup2 idea nak mengarang ayat ter'jem' pulak..no take time untuk berfikir terus je aku delete smua dan bye-bye blog..kah -kah..
3. Aku suka menjengah blog orang lain, then baca..kemudian ketawa sorang2 lepastu barulah mood nak menulis cerita sendiri tak nyempat-nyempat nak masuk di minda tapi tup tup boleh terbantut pulakzz bila sebab yang no 2. diatas tu mula menganggu..(hah tak cukup nafas korang baca..hihihi)
APA YANG BESTNYA BLOG FATIN LIYANA??
Bagi peminat travel, mungkin blog fatin liyana ni dah tak asing lagi pada korang-korang semua..dan atas sebab itu juga lah aku sering follow rapat-rapat story morry dia nih..dari mula dia study , berkahwin dan sekarang sudah pun mempunyai seorang anak..aku masih lagi still peminat setia dia..walau pun sekadar sipi sipi pon dia tidak mengenali aku..hak hak..
Setiap jalan cerita nya padat mengandungi info-info yang menarik, dan yang paling-paling aku suka ialah humors spontan yang terkandung di dalam setiap baris penulisannya..memang ohsem dan sekali pon aku tak pernah rasa bosan untuk membaca nya..
untuk info korang juga si fatin liyana ni bukan sekadar hanya penulis blog..Dia juga adalah seorang Doktor..Si adik manis Fatin Liyana pernah belajar di Universiti Padjadjaran Indonesia dan membuat latihan praktikal di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Nak lebih kenali lanjut boleh baca post SIAPA FATIN LIYANA.
Apa yang aku kagum Followers fatin liyana dah mencecah lebih dari 40000 orang. Ramai sungguh kan! Dan blog dia juga terpilih sebagai Pemenang Best Celebrity Blog untuk Social Media Awards 2012. enko memang cegitulahh adik fatin!!! (ibu jari ke atas ha ha..)
http://honeykoyuki.blogspot.my |
Apa pendapat anda pula tentang adik Fatin ni..ce komen sikit???
- Cuba untuk menjadikan diri ini sehebat fatin liyana..tapi tak MAMPU omakkkk..ha ha
1 Comments
dia memang pemes kan..suka baca travelog dia..
BalasPadamCatat Ulasan
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!