Permata hati yang pertama

Assalamuailaikum

Alhamdullilah, umur Nur Ayesha kini telah mengjangkau hampir 3 bulan..semakin banyak akai dah dia sekarang. kalau nak tido je mesti nak berdukong dahulu dengan ayahnya..kalau tak merenggek..Haishh..makin geram ibu dibuatnya..rasa nak cubit-cubit je pipi tembam dia tu tau..ha ha

eh, tetiba plak story pasal anak kan. kian lama menyepi tup-tup buka cerita nak cubit ayesha..tihihi

Sebenarnya selama mendiamkan diri dari berblogging, saya dalam pantang.  Kemuadian saya dilanda sedikit musibah. Tapi syukur alhamdullilah saya semakin pulih seperti biasa..mesti ramai yang tertanya ditimpa musibah apa???tkpe nanti jika ada masa dan rezki lagi untuk aku menaip aku akan story.

Berbalik pada Nur Ayesha Batrisya.  anak comel ni dilahirkan pada 18.06.2016 pada jam 12.30 pagi hari sabtu di Klinik Pakar Permata Raofah Selibin, Ipoh..Waktu ni umat islam dalam mood berpuasa lagi. Syukur kelahiran nya amat mudah sekali. saya mula rasa sakit pada jam 4.00 petang hari jumaat. Masuk wad pada pukul 7.00 petang dan bersalin pada jam 12.30 malam hari sabtu.. Tapi sepanjang rasa sakit tu saya amalkan membaca "lailaanta" dan kesan nya memang mujarab.. rasa sakit tu kurang dan saya boleh bertahan sampai bersalin. Pada staff dan doctor Raofah pula diucapkan berbanyak-banyak ribuan terima kasih kerana membantu saya semasa dalam proses melahirkan. Maklumlah pertama kali kan.


Permata hati ibu dan ayah, Nur Ayesha Batrisya.  

Bab nama pulak, adik sedara saya yang cadangkan.  waktu ni dia belajar di Kota Bharu Kelantan. Disana ada sebuah masjid yang bernama "masjid Ayesha."  Maybe namanya yang unik dan masjid tu yang tampak cantik adik sedara aku tertarik kut. Apapun aku setuju sebab nama tu membawa maksud yang baik.  Nur dan batrisya pula saya amik dari dalam buku nama-nama anak dalam islam..So bila digabungkan jadilah Nur Ayesha Batrisya..

akhir story semoga anak ibu menjadi anak yang solehah ye sayang..amin..

Catat Ulasan

0 Comments

Borang Maklumat Hubungan