Rezeki

Assalamuailaikum


Indah sungguh pagi ini.cuaca yang mendamaikan..mendung tapi bukanlah kerana hendak turunnya hujan,  mungkin inilah rahmat Allah pada hambaNya yang berlumba-lumba ke tempat mencari rezeki masing-masing..tidak kiralah samaada ia bekerja di sector kerajaan, swasta mahupun bekerja sendiri sekali pun asalkan niat ia ke tempat kerjanya adalah untuk mencari REZEKI yang halal.


Ya REZEKI..apa yang perlu kita faham dan tafsirkan mengenai perkataan REZEKI. Di dalam islam ianya bukanlah hanya terhad kepada wang dan harta tetapi jangkauan reseki Allah itu terlalu luas pemberiaannya..Rezeki adalah sesuatu yang dijamin oleh Allah pada setiap hambanya, tetapi harus di ingat setiap rezeki yang Allah berikan kepada kita bukanlah hak mutlak kita saja, kerana di dalam rezeki yang kita perolehi itu terdapat juga hak orang lain..sebagai contoh yang mudah untuk kita fahami, hari ini mungkin kita mendapat rezeki Allah dalam bentuk pemberian wang yakni gaji dalam kita bekerja, kemudian sewaktu kita ingin pulang ke rumah contohnya, secara tidak sengaja kita telah berjumpa dengan seseorang hamba Allah yang dhaif dan kita simpati padanya lalu memberikan sebahagian dari wang kita itu kepadanya..maka ketahuilah bahawa itulah sebahagian dari rezeki milik orang tadi yang Allah telah berikan terdahulu kepada kita..



وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ الإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ
“Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).” (QS: Ibrahim [14]: 34).


Jenis-jenis rezeki yang Allah kurniakan juga berbeza antara satu sama lain. Ada yang diberikan harta, tidak berikan zuriat. Ada yang diberikan harta dan zuriat, tidak diberikan kebahagiaan ataupun ketenangan dalam hidup. Ada yang diberikan kesihatan, tidak diberikan harta. Ada yang diberikan harta, tidak diberikan kasih sayang. Ada yang diberikan ilmu, tidak diberikan harta. Ada yang diberikan harta, tidak diberikan penghormatan dan maruah. Ada diberikan penghormatan, tidak diberikan harta. Dan begitulah seterusnya. Namun walau apapun ianya tetap ada keseimbangannya..dan hanya Allah sahaja yang tahu pemberian apa yang terbaik buat kita..



“Jika kamu bertawakkal kepada Allah benar-benar tawakkal nescaya Allah merezekikan kamu seperti DIA merezekikan burung. Burung keluar pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dll, sahih).



Waallahualam

Catat Ulasan

0 Comments

Borang Maklumat Hubungan