Aku dan Penyeluk Saku

Assalamuailaikum..


Sememangnya wanita apabila ber'Shopping semua benda dah tak boleh nak berfikir apatah lagi nak beringat..yang ada di dalam kepala hanyalah hanbag jenama apa yang nak dibeli..agak-agak time nak beli ni ada sale melampau tak, jenis kasut trend baru yang macam mana..tinggi, rendah, tumit berapa hinci..baju blause nak calour pe yang match dengan kulit dan macam-macam lah..then, tanpa wanita-wanita ni sedar kelalaian diorang semasa sakan bershopping membuatkan wanita sering terdedah pada bahaya.

hakikatnya, ini dah berlaku pada diri aku..hehe..hari pertama aku dapat gaji dan bonus membuatkan aku berkobar-kobar nak berbelanja di Kuala Lumpur..konon lah sangat kat KL tu banyak tempat shopping yang menarik pastu ada 'sale' sampai buat mulut kita terngangga..al kisahnya aku bertolak lah aku kesana naik train ETS jam 7.00 pagi..sampai je kl, sarapan pagi di KL sentral..terus amik train ke SOGO..kat sogo memang selalu ada sale melampau kan..aku perhabiskan masa kat situ hampir 4 jam dengan habuan 2 helai blouse dan sehelai seluar jeans

habis je shopping di sogo..aku ngan member aku move ke Jalan Tar..dan kat situlah peristiwa pahit itu terjadi..huhuhu..sedey tidak terkira rasanya..aku sendiri tak sedar bila masa nye penyeluk saku tu boleh amik beg duit aku dalam handbeg..walhalnya aku dah zip kemas beg tangan aku..siap aku simpang kan lagi kat bahu aku..memang profisional sungguh..huh!!yang buat aku terkilan sangat habis semua duit gaji aku dalam bank di keluarkanya..dah amik duit dalam dompet udah lah kan..ini dia 'rogol' pulak duit aku dalam bank..memang hampeh punya penyamun..silapnya aku waktu tu code id bank aku adalah no ic aku..

aku buat laporan polis di balai polis DaNG  wANGI..tapi dah terlewat untuk aku tutup akaun bank..esoknya di ipoh aku g check balance akuan aku dalam bank bakinya tinggal sehinggit jer..bayangkanlah aku baru dapat gaji..baru dapat bonus..lesap dalam satu hari jer..so pada wanita d luar sana sesibuk mana pun anda bershopping ingatlah jugak pada keselamatan diri..lagi-lagi bila time shopping selalunya duit yang kita bawak memang kalau pada kita tak pernah cukup..kan kan kan.. :)
  ##di depan Balai Polis Dang Wangi..Yang 3 orang kat kanan aku tu kawan aku kat KL dulu..diorang datang bagi suported kat aku..muke cool hati berkecamuk..huhuhu##

ok bubai..

Catat Ulasan

0 Comments

Borang Maklumat Hubungan